face mist

Wajah yang segar,sihat dan berseri-seri memang menjadi idaman setiap wanita. Siapalah yang tak suka cantik kan. Mudah je sebenarnya kita nak ‘mantain’ kan kecantikan wajah ni. Salah satunyanya dengan semburan wajah, atau face mist.

Menariknya tak susah pun, kita boleh buat sendiri face mist ni dan gunakan bahan-bahan semulajadi yang ada didapur rumah sendiri je, contohnya timun.Yang pastinya ia memberi banyak manfaat dan diyakini selamat penggunaannya.

Berikut merupakan perkongsian oleh Fyza Shah, cara-cara untuk membuat Face Mist Cucumber untuk kecantikan wajah.

“Face mist atau semburan untuk muka ni dah jadi salah satu regimen penting penjagaan muka.

Selain memberi kesegaran, menyejukkan dan menenangkan kulit, face mist boleh memberi kelegaan untuk kulit yang penat atau letih, kulit yang luka atau burn disebabkan sinaran uv yang merbahaya.

Nak citer bab face mist ni, banyak sangat. Bukan takat boleh menenangkan taw, tapi kulit jadi glow dan lebih sekata.

Sebenarnya, nak buat homemade face mist ni banyak sangat bahan kat dapur boleh guna. Lemon, aloe vera, air ros termasuk timun antara yang boleh dan mudah digunakan.

Bahan ni memang menyejukkan kulit. Fyza pilih timun sebab mudah, murah dan efek dia sejuk kat kulit. Fefeling damai sentosa lepas sembur kat muka.

Ads

Timun ni kandungan air dia tinggi. Sesuai sangat untuk kulit yang panas terbakar disebabkan matahari, halang kekeringan pada kulit dan kawal penghasilan sebum.

Paling best timun boleh rangsang kolagen kulit, timun bertindak sebagai anti penuaan yang baik, elak kedutan dan garisan halus.

Nampak je timun ni biasa-biasakan. Tapi timun ni kaya sangat dengan kandungan vitamin c, vitamin a, vitamin k, kawal melanin, dan tingkatkan kecantikan asli.

Kalau korang kulit pernah breakout sebab salah produk, atau ada jerawat yang bengkak-bengkak tu elok naw guna face mist timun ni tau . Pakai hari- hari lepas cuci muka atau lepas siap mekap.

Okay boleh tengok video untuk lebih clear full step by step nak buat face mist yang sejuk, segar dan menenangkan ni.”

Ads

Bahan Diperlukan;
1 batang timun (dibuang kulitnya)
Periuk
Air secukupnya
Pengisar (Blender)

Wanita Ini Kongsi Kulit Wajah Lebih Segar,Sihat & Berseri Dengan Face Mist Cucumber, Boleh Buat Sendiri Je

Cara Membuat Face Mist Cucumber;
1.Potong timun kecik-kecil dan rebus sekejap dengan api perlahan selama 5 minit.

Wanita Ini Kongsi Kulit Wajah Lebih Segar,Sihat & Berseri Dengan Face Mist Cucumber, Boleh Buat Sendiri Je

2.Ambil timun dengan air rebusannya sekali dan kisar dengan blender.

Ads

3. Setelah itu, tapis air rebusan tersebut dan tuang ke dalam bekas.

Wanita Ini Kongsi Kulit Wajah Lebih Segar,Sihat & Berseri Dengan Face Mist Cucumber, Boleh Buat Sendiri Je

4.Simpan dulu dalam peti bagi sejuk dalam beberapa jam. Dah sejuk boleh guna dan spray kat muka dengan penuh kenikmatan.

Rasa sejuk, tenang dan damai macam duduk tepi pantai sambil hirup fresh oren.

Step by step nak buat face mist timun

Posted by Fyza Shah on Wednesday, 20 September 2017

Selamat Mencuba!

Sumber: Fyza Shah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI