Sempena musim durian ni, macam-macam resipi yang mak-mak boleh cuba buat sendiri dirumah. Baik bubur, pengat, kuih muih, serawa dan sebagainya. Tapi untuk kelainan, sebenarnya mak-mak pun boleh buat aiskrim yang lemak berkrim dengan buah durian ini. Mudah je cara nak buatnya, bahan-bahan pun tak banyak dan boleh dapat dalam sebekas 1.5 liter. Pastinya lebih menjimatkan, anak-anak pun mesti suka!
Berikut perkongsian resipi oleh Puan Syu Islamiah untuk buat sendiri Ais Krim Durian Homemade ini;
“Bila dah banyak sangat durian, tempoyak dah buat, kuih-kuih pun dah buat so kita buat ice cream durian pulak la sebab kalau nak beli 1 scoop pun dah rm8 harganya. Ni dah kali kedua saya buat dan rasanya memang yummy lemak berkrim. Senang je caranya, pakai blender je pun boleh.”
Bahan-Bahan:
1 cawan isi durian ( nak letak lebih pun lagi sedap)
1 tin susu cair
3 sudu besar susu pekat (kalau suka manis boleh tambah)
1 sudu besar ovalette (pastikan yang halal)- kalau tak ada boleh tukar pakai telur sebiji
Sedikit pewarna kuning
IKLAN
Cara Membuat:
1.Blend semuanya hingga hancur dan sebati dalam 2 hingga 3 minit.
2.Selepas tu, masukkan dalam mixer selama 5 minit untuk kembangkan bagi bertambah isinya dan gebu.
3.Masukkan dalam bekas ais krim 1.5L, dalam sejukkan dalam peti beku.
Suami meninggal dunia akibat sakit jantung, ibu paling tua di dunia terpaksa besarkan anak sendirian tanpa suami.
Ternyata bukan satu yang mudah, kerana dalam usia warga emas dia perlu membesarkan anak kembar seorang diri setelah berpuluh tahun lamanya menanti cahaya mata.
Ibu Paling Tua Di Dunia
Seorang wanita di New Delhi yang mencatat sejarah sebagai ibu paling tua di dunia selepas melahirkan bayi kembar perempuan pada usia 73 tahun dua tahun lalu, terpaksa membesarkan anak-anaknya bersendirian, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Menurut Erramatti Managayamma, dia berdepan cabaran tersebut susulan kematian suaminya akibat serangan jantung pada Oktober tahun lalu.
Suami Meninggal Sakit Jantung
Erramatti dan mendiang suaminya, Raja Rao berkahwin pada 1962. Pasangan itu menunggu 57 tahun untuk bergelar ibu dan bapa apabila anak kembar mereka selamat dilahirkan pada 5 September 2019.
Erramatti hamil melalui persenyawaan luar rahim (IVF) selepas mengetahui tentang kaedah tersebut daripada jirannya.
Menurut akhbar Hindustan Times, Erramatti mengalami putus haid 25 tahun lalu dan tidak lagi boleh menghasilkan sel telur, manakala sel telur penderma lain digunakan untuk disenyawakan dengan sperma mendiang suaminya.
Memandangkan kelahiran normal adalah sukar bagi individu seusia Erramatti, bayi kembarnya dilahirkan menerusi pembedahan ceasarean.
Selepas berjaya melahirkan bayinya, Erramatti berkata bahawa dia sangat teruja.
Terpaksa Besarkan Anak Sendirian
“Saya tidak mampu mengungkapkannya dengan kata-kata. Bayi ini telah melengkapkan saya.
“Kini, tiada sesiapa boleh menggelar saya mandul lagi,” katanya.
Biarpun bergelar ibu tunggal, wanita itu berkata, dia melantik ahli keluarganya yang lain untuk menjaga anak-anaknya sekiranya sesuatu berlaku kepada dirinya.
“Saya mahu lihat anak-anak saya membesar dan telah memilih ahli keluarga untuk menjaga mereka sekiranya sesuatu yang buruk terjadi kepada saya,” katanya. –Agensi
Mingguan Wanita : Ternyata berkat kesabaran wanita ini dan suaminua, mereka akhirnya berjaya memiliki cahaya mata. Bukan setahun, dua mereka menanti, sebaliknya 57 tahun mereka tetap sabar dengan ujian ini. Kisah ini patut menjadi inspirasi buat pasangan yang masih lagi menanti kehadiran cahaya mata.
Pengumuman terkini, Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di empat negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang yang dijadualkan tamat pada 18 Februari depan dilanjutkan sehingga 4 Mac.
Dilanjutkan Sehingga 4 Mac 2021
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya Dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula 19 Februari hingga 4 Mac 2021.
Menurutnya, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan di seluruh negeri Perlis berkuatkuasa 19 Februari hingga 4 Mac 2021.
Pergerakan Lebih 10KM Dibenarkan
Sementara itu pergerakan melebihi radius 10 kilometer di negeri-negeri terbabit Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibatalkan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bagaimanapun masih mengekalkan larangan rentas daerah dan negeri. Menurutnya, keputusan kebenaran pergerakan melebihi 10 km radius itu dibuat selepas banyak aktiviti perniagaan diberikan kebenaran untuk beroperasi di seluruh negara.
MW: Harap semua maklum dengan pengumuman terbaru ni. Perintah Kawalan Pergerakan di 4 buah negeri dilanjutkan sehingga 4 Mac, manakala pergerakan melebihi 10KM kini dibenarkan. Sama-samalah kita berusaha jaga diri dan patuhi SOP yang telah ditetapkan.
“Alhamdulillah Selesai Majlis Resepsi,” itu antara luahan rasa kesyukuran buat Penyanyi popular era 1980-an, Azian Mazwan Sapuwan,46 yang berkongsi berita gembira apabila selamat menerima menantu baru pada Sabtu lepas.
Anak lelaki Azian, Mohammad Ashraf Zulkarnain selamat mendirikan rumahtangga dengan pasangan hidupnya Mei Che Murni Atiera Nurfatehah. Majlis akad nikah diadakan pada 13 Ogos manakala majlis resepsi sebelah pihak pengantin perempuan diadakan pada 14 Ogos lepas.
Penyanyi yang popular melalui lagu “Cinta Embunan Pagi” dan “Rumah Kecil Tiang Seribu” ini, turut meluahkan rasa syukur kerana majlis meraikan pengantin berjalan dengan lancar. Malah berterima kasih pada saudara mara dan kawan-kawan rapat yang turut serta menyertai majlis.
“Alhamdulillah selesai majlis resepsi dan bersanding meraikan pengantin baru.
“Kepada sebahagian saudara mara dan sebahagian kawan-kawan rapat yang turut serta dalam rombongan TERIMA KASIH banyak-banyak saya ucapkan. Mohon maaf jika ada kekurangan di sana sini. LOVE SEMUA.
“Saya juga mohon maaf kepada yang tak dapat jemputan, harap memahami,” ujar Azian yang juga pernah menyertai Gegar Vaganza musim kedua pada 2015.
Mohon Doa Kebahagiaan Perkahwinan Anak & Menantu
Azian turut memohon doa agar anaknya yang baru sahaja mendirikan rumahtangga ini di berkati dan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Mohon doa semua semoga mereka berdua dapat melayari alam rumahtangga dengan baik, diberkati dan menjadi suami isteri yang soleh dan solehah..amin”
“Doakan ye semoga rumahtangga yang dibina berkekalan, berbahagia hingga akhirnya.”
“Doa mama.. Abang & Mel selamat menempuhi alam perkahwinan, alam yang penuh ranjau dan duri. Jadilah suami yang soleh dan isteri yang solehah. Semoga dikurniakan limpahan rezeki, kesihatan, kesabaran dan nikmat yang diberkati.Aamiin ya rabb.
“Selamat datang ke dalam keluarga kami Mel dan SELAMAT PENGANTIN BARU Abang & Mel,” ujar Azian yang memiliki 7 orang cahayamata.
Mingguan Wanita:Tahniah buat Azian Mazwan dapat menantu baru. Memang sama cantik mak mentua dan menantu. Semoga dikurniakan cucu-cucu yang comel nanti.
Anak syurga berusia 2 hari meninggal, saluran pencernaan bengkak selepas diurut nenek. Tidak semua pandangan orang lama boleh diikuti meskipun ramai mendakwa terlebih dahulu...