Sakitnya emosi bila dibebani hutang keliling pinggang. Ada orang sampai jadi mental, bila dilanda masalah yang satu ini. Hilang pedoman bila dilanda kemelut hutang.
Malah lupa seketika anak isteri. Lagi-lagi kalau hutang peribadi mahupun syarikat cecah jutaan ringgit. Allahu, mahu ke mana hendak diadu gelisah hati ini.
Terkesan dengan tulisan Puan Nor Farhana Jutawan Muda tentang dirinya menyelesaikan hutang setengah juta yang ditanggung. Beliau juga berikan tip bagaimana selesaikan masalah hutang dengan cara yang paling mudah dan berkat.
Bila sebut pasal HUTANG, mesti ramai yang stress
Ramai jugak yang persoal. “Macamana nak bayar kalau duit pun takde?”
Nasihat Kak Fana (berdasarkan pengalaman Kak Fana tutup hutang bernilai setengah juta ringgit)
Ads
Ini 5 Cara Wanita Ini Keluar Dari Kemelut Hutang RM 1/2 Juta
1. Korang mulakan dengan apa yang ada di tangan dulu. Ada sikit bayar sikit.
2. Berbelanja dengan berhemah. Jangan boros.
3. Belajar buat bisnes yang modal rendah.
Allah marah bila kita ada duit kita pi belanja lain. Kita membazir tapi hutang tak reti nak bayar.
Ads
Orang tolong kita masa kita susah sebab kesian pada kita. Tapi bila ada duit kita lengahkan bagi balik duit dia.
Kadang-kadang orang yang tolong kita pulak jadi susah sebab kita. Nauzubillah
Kalau korang rasa sales slow. Duit sentiasa tak ada. Rezeki sempit. Hati tak tenang dan tak bahagia.
4. Cara terbaik nak keluar dari kemelut masalah hutang hanyalah dengan bayar hutang dan bersedekah banyak-banyak
Ads
5. Selalu tolong orang miskin. Jangan berkira. Pejam je mata. Ikhlaskan hati
InsyaAllah Allah akan bantu kita langsai hutang satu persatu dengan mudah
Masalah hutang jadi makin rumit sebab kita bakhil. Dahla desperate sebab hutang. Pastu berkira & bakhil lagi. Macamana Allah nak bantu?
Yakinla berapa banyak pun hutang korang. Berapa juta sekali pun. Pasti ada jalan nak langsai.
Sebenarnya tak susah pun nak buat playdoh sendiri di rumah untuk permainan anak-anak. Doh ini pun dihasilkan dengan 5 bahan saja. Lebih jimat dan selamat. Selamat sebab ada ciri-ciri selamat dekat doh tu sendiri.
Perkongsian dari Puan Ungku Hazwani, Founder Headband Puteri & Megat ini akan terangkan sebab-sebabnya.
“Tak tau nak buat aktiviti apa bersama anak-anak time cuti panjang ni? Jom kita buat Homemade Playdough”
“Selain isi masa lapang, ia juga menajamkan skil motor anak-amal. Start dari umur setahun dah boleh main.”
“Jangan risau kalau anak termakan, diaorang akan keluarkan balik sebab masin.”
2 cawan tepung gandum
1 cawan air panas
1 cawan garam halus
2 sudu minyak masak
2-3 titik pewarna makanan
1. Bancuh air panas, garam & pewarna makanan sehingga sebati.
2. Masukkan minyak masak.
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Gaul tepung sehingga jadi doh yang cantik. Kalau lembik, tambahkan sikit lagi tepung.
4. Ulang langkah yang sama untuk warna yang lain pula.
5. Tadaa.. dah siap Homemade Playdough by Mummy Wanie.
Biasanya kalau nampak anak orang diserang Cacar Air, mak ayah terus tarik anak tak bagi dekat. Malah kalau anak sendiri pun, sampai ada yang asingkan anak-anak sebab tak nak bagi berjangkit. Tanpa ambil tahu betul ke tindakan kita itu, jadi kali ini anda patut selongkar perkongsian Prof Dr Imelda Balchin untuk tengok sejauh mana anda patut asingkan anak daripada orang terkena chicken pox…
Demam cacar air.
Juga dikenali dengan nama ‘chicken pox’ atau jangkitan virus ‘varicella zoster’
Baru-baru ini saya menerima panggilan meminta nasihat. Ada ibu hamil yang bimbang kerana suami nya mendapat demam cacar air dan ibu ini tidak pernah lagi mendapat demam ini.
Saya sarankan mengambil ujian darah serology untuk mengenalpasti dahulu yang ibu hamil ini betul-betul tidak pernah mendapat chicken pox (ramai yang pernah dapat demam cacar air atau chicken pox semasa usia muda tetapi tidak ingat).
Jika sudah immune, tidak ada apa yang patut dibimbangkan tetapi jika tidak immune, patut diasingkan daripada suami sehingga kelihatan parut yang sudah mula kering di badan suaminya. Ibu hamil yang tidak immune boleh juga diberikan rawatan immunoglobulin yang boleh mengurangkan masalah chicken pox sekiranya terjangkit juga.
Jika mendapat demam chicken pox semasa hamil, doktor akan memberi rawatan antiviral, mengasingkan ibu hamil ini daripada ibu hamil yang lain, dan merujukkannya ke klinik Fetal medicine 4-6 minggu selepas sembuh untuk memantau sama ada terdapat kesan kepada janinnya.
Teringat saya masa umur 11 tahun, darjah lima (di dalam gambar). Masa tu adik lelaki saya yang berumur 7 tahun mendapat chicken pox. Arwah nenek saya sangat arif dan bijak kerana menghalang emak saya daripada mengasingkan saya daripada adik saya, supaya saya juga mendapat chicken pox. Memang elok dijangkiti penyakit chicken pox ni pada usia sekolah rendah.
Semasa anak perempuan saya berusia 6 tahun, dia mendapat chicken pox. Saya pun menggalakkan anak saya yang berusia 3 tahun bermain dengan kakak supaya dua-dua mendapat chicken pox.
Lebih kurang 75 dalam 100 orang yang pernah mendapat chicken pox dan sudah mendapat immuniti seumur hidup. Ini bermakna, sekali dapat, tidak akan dapat semula kerana antibody dalam badan kita sudah cam virus demam cacar air, atau chicken pox (varicella zoster) dan sudah handal melawan virus ini. Virus yang tidak dibunuh oleh badan kita, dipenjarakan dan dikawal dengan ketat di dalam ganglion badan kita. Tetapi jika immune kita tidak kuat semasa sudah tua, jika uzur, atau kita mengalami tekanan hidup, virus varicella zoster yang dipenjarakan ini boleh kembali menyerang kita semula sebagai penyakit kayap atau shingles.
Budak-budak selalunya mendapat demam cacar air /chicken pox yang hanya sederhana dan cepat sembuh, tidak memerlukan rawatan antiviral. Penyakit chicken pox yang teruk boleh berlaku jika kita mendapat penyakit ini buat kali pertama sebagai orang dewasa (lebih tua lebih teruk), orang dewasa yang merokok, wanita yang hamil, bayi yang baru dilahirkan jika ibunya tidak ada immuniti (tidak pernah mendapat chicken pox). Mereka ini perlukan rawatan antiviral.
Wanita hamil yang tidak pernah mendapat chicken pox dan bayinya yang baru dilahirkan hendaklah diasingkan daripada orang lain yang mendapat demam ini. 10 dalam 100 wanita hamil yang mendapat chicken pox boleh mendapat jangkitan paru-paru yang teruk (varicella pneumonia), dan 1 dalam 100 janin juga boleh mendapat kecacatan akibat ibu hamil yang mendapat demam cacar air pada peringkat awal kehamilannya.
Wanita hamil yang pernah mendapat chicken pox akan memberi perlindungan antibody kepada janinnya supaya tidak terjangkit, dan boleh bergaul dengan orang lain yang mendapat chicken pox. Jika wanita hamil mendapat penyakit kayap atau shingles, selalunya mereka akan sembuh dan janinnya masih terlindung juga.
Sebab itu lah saya sarankan ibubapa supaya jangan mengasingkan anak-anak, terutamanya anak perempuan, daripada kanak-kanak lain yang mendapat chicken pox. Sebaik-baiknya ialah mendapatkan immuniti ini sebelum hamil dan sebelum dewasa kelak. Biarlah mereka bergaul dan dapat chicken pox semasa peringkat sekolah rendah. Kalau kita tahu ada kawan-kawan mereka yang mendapat chicken pox, bawak lah anak-anak kita yang belum mendapat chicken pox bergaul dengan mereka supaya mendapat chicken pox.
Kaedah yang lebih senang lagi ialah mendapatkan chicken pox/varicella zoster vaccine, supaya mendapat immuniti sebelum hamil.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Al-Quran bukan sekadar dibaca ketika sukar ataupun senang. Setiap surah yang terkandung di dalamnya perlu dilazimi bermula dari rumah lagi. Ini antara perkongsian istimewa ibu Tahfiz Muda Aqil atau nama penuhnya, Mohamad Aqil Khair Mohd Fairos, 12.
Tahfiz Muda Aqil, salah seorang tokoh muda yang dipilih membacakan 24 surah bersama-sama 24 tokoh lain antaranya Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Prof Emeretus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali, Ikon Rumah Ngaji, Datuk Rosyam Nor, Qari Junior Harith, Munif Ahmad, PU Amin dan vokalis kumpulan Caliph Bukers, Azmi Saat.
“Sejuk perut ibu yang mengandung” Inilah perumpamaan yang dapat digambarkan pada ibu berwajah lembut yang berjaya mendidik setiap anak-anak dengan jiwa Al-Quran. Beliau dan keluarga ditemui selepas program program Malaysia #QuranHour yang berlangsung di ruang Dewan Solat Utama, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya hari ini.
Kesempatan bertemu Puan Norizah Hj Hashim, ibu pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Kunda yang juga Ikon Rakan Muda Masjid Negeri Perak ini menyingkap ruang ilmu buat ibu-ibu muda yang mahu melatih, melazimi, memahami malah menjiwai al-Quran sebagai satu pegangan hidup di hati anak-anak.
Sebaik saja disahkan hamil, Puan Norizah sudah memperdengarkan bacaan ayat-ayat al-Quran kepada bayi sejak dalam kandungan lagi. Setiap bulan, beliau akan memastikan dirinya khatam al-Quran.
Ketika di rumah, anak-anak sudah terbiasa dan melazimi ayat-ayat Al Quran. Baik ketika di dalam kenderaan, Aqil sudah terbiasa mendengar alunan bacaan ayat-ayat suci Al Quran daripada syeikh-syeikh terkenal dari pelbagai negara.
Sejak kecil saya mengharamkan makanan ringan untuk anak-anak. Ketika usia, Aqil 5 tahun dia sudah khatam Al-Quran. Usianya 6 tahun, dia sudah menghafal Al-Quran. Aqil bersekolah di sekolah biasa saja. Jadual membaca Al-Qurannya akan bermula Subuh dan selepas waktu Maghrib.
Bagi memantapkan lagi persediaan, ibu ini melatih agar Aqil menguasai surah pilihan antaranya Al Mulk, As-Sajdah. Setiap hari Aqil akan mengikut ayahnya, Mohd Fairos Ashaari ke masjid. Di sana, dia akan belajar Al-Quran dengan ayahnya. Apabila di rumah, tugas mendidik diambil alih oleh ibu. ketika ini, Aqil belum lagi belajar taranum dengan guru dari luar.
Bukan mudah nak mengajar anak-anak mengaji. Ibu ini menggunakan pendekatan bercerita sepanjang mengajar anak-anak mengaji Al-Quran. Tentang apa yang terkandung di dalamnya. Jika surah berkaitan hari kiamat, akan digambarkan kisah-kisah dan bagaimana kiamat itu.
Bukankah anak-anak ini lebih dekat dengan pendekatan bercerita? Jadi semasa membacanya, anak-anak akan membaca dengan jiwa. Kerana mereka boleh menggambarkannya.
Ketika mengajar anak-anak mengaji, ibu ini takkan sekali memarahi anak-anak di depan Al-Quran. Dalam Al-Quran itu sendiri ada kisah teladan yang boleh dipelajari. Jika anak-anak dididik dengan keras di depan Al-Quran, jiwanya akan menjadi keras. Mereka akan dapat mengaji.. tapi ianya takkan kekal lama. Kerana ada tekanan dan mereka tak seronok.
Al-Quran di dalam rumah ibu ini disantuni dalam jiwa anak-anak dengan suasana yang cukup santai. Jika perlu berbaring, ibu ini akan berbaring bersama anak-anak. Jika sedang memasak, Al-Quran juga akan dibawa sekali sampai ke dapur. Anak perempuan yang kecil juga sudah menghafal Al-Quran ketika umurnya 6 tahun. Sebelum masuk tidur, dia wajib membaca surah Al Mulk sampai habis. Sebabnya ‘bimbang, kuburnya kelak tidak terang’.
Betapa dekatnya Al-Quran dalam jiwa, Puan Norizah dapat dilihat jelas tanda-tandanya ketika dirinya berada dalam bilik bersalin. ketika itu, mahu melahirkan anak perempuannya yang kini berusia 6 tahun.
Dirinya berada dalam keadaan koma dan alami pendarahan yang banyak. Ternyata kuasa Allah mengatasi batas pemikiran manusia.
Doktor yang mengendalikan kesnya memaklumkan, pendarahan itu menyebabkan dia tak mungkin dapat diselamatkan lagi. Namun bibir Puan Norizah terus membaca ayat suci Al-Quran ketika dalam keadaan koma. Sampailah selesai membaca surah Yasin, pendarahan berhenti dengan sendirinya.
“Inilah antara kebesaranNya yang berlaku dalam diri saya dan betapa besarnya mukjizat Al-Quran yang saya terima“.
Sebelum mengakhiri temu bual, ibu ini memaklumkan Aqil bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini. Pintanya, mohon agar didoakan anaknya itu dapat menghadapi ujian peperiksaan itu dengan lancar dan dipermudahkanNya.
Baru-baru ini tular gambar seorang remaja perempuan di Thailand sedang mengutip dan menjual bahan kitar semula untuk menyara keluarganya yang berdepan masalah kewangan