Wanita bersama teman lelaki ditemukan maut ditikam dipercayai angkara cemburu. Kematian seorang wanita bersama teman lelakinya akibat ditikam di Taman Nona, Guar Chempedak, Yan malam tadi dipercayai berpunca daripada rasa cemburu.

Wanita Bersama Teman Lelaki Ditemukan Maut Ditikam Dipercayai Angkara Cemburu

Bapa kepada mangsa, lelaki berusia 55 tahun, berkata anak sulungnya yang berusia 28 tahun itu tinggal bersamanya di Sungai Petani sejak setahun lalu selepas berpisah dengan bekas suami.

Beliau dimaklumkan mengenai tragedi menimpa anaknya selepas jirannya menghubungi kira-kira jam 2 pagi tadi dan memaklumkan kehadiran pihak polis di rumahnya.

“Waktu itu saya tiada di rumah kerana pulang ke kampung di Perak dan saya memang terkejut dengan apa yang berlaku.

Wanita Bersama Teman Lelaki Ditemukan Maut Ditikam Dipercayai Angkara Cemburu
Bapa mangsa menunjukkan gambar anaknya, Nurul Nur Syamira yang maut bersama teman lelakinya akibat ditikam di Taman Nona, Guar Chempedak. Foto: Harian Metro

“Tindakan lelaki itu sangat kejam sehingga sanggup membunuh anak saya. Kalau dia meninggal dunia secara biasa, saya boleh terima tetapi tindakan menikam anak saya dan bakal tunangnya sehingga mati memang kejam,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), hari ini.

Beliau menegaskan, siasatan penuh kini diserahkan kepada polis berhubung kematian anaknya serta teman lelaki wanita berkenaan.

Ads
Wanita Bersama Teman Lelaki Ditemukan Maut Ditikam Dipercayai Angkara Cemburu
Kredit foto: Harian Metro

Menurutnya lagi, teman lelaki arwah yang berusia 30 tahun itu seorang yang rapat dan baik dengan keluarganya, malah hubungan mereka turut direstui.

“Saya merestui hubungan mereka dan teman lelaki anak pernah menyatakan hasrat untuk meminangnya, tetapi saya minta mereka tangguh perkahwinan sehingga pembinaan rumah di Selama, Perak selesai.

“Jika diikutkan, mereka memang nak melangsungkan perkahwinan secepat mungkin, namun tidak kesampaian.

Ads
Wanita Bersama Teman Lelaki Ditemukan Maut Ditikam Dipercayai Angkara Cemburu
Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian. Kredit foto: Sinar Harian

“Saya serahkan kepada polis untuk siasat kes ini dan berharap pelakunya yang kejam sehingga sanggup membunuh anak saya ditangkap dan dikenakan hukuman setimpal,” katanya.

Jenazah wanita berkenaan, Nurul Nur Syamira, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Plotan, Bukit Merah, Perak selepas proses bedah siasat selesai.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki dan seorang wanita ditemukan maut dengan kesan tikaman pada badan dalam kejadian malam tadi.

Ads

Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohd Hamizi Abdullah memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung kes berkenaan pada jam 9.40 malam.

Sumber: Harian Metro

Baca artikel lai juga: Tukang Masak Didakwa Tikam Duda, Mangsa Ada Hubungan Sulit Dengan Isteri Suspek

Remaja 17 Tahun Tikam Ibu & Abang Kandung Hingga Maut, Tekanan Belajar, Sering Dimarahi Dikenal Pasti Jadi Punca

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI