
Wan Screen Meninggal
Wan Screen meninggal dalam tidur, disahkan ada masalah jantung. Kembali pada Pencipta secara tiba-tiba, namun menjadi rezekinya pergi di bulan yang mulia, moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan soleh.
Jika dilihat perkongsian media sosial miliknya, sebelum ini arwah masih aktif bermain muzik di beberapa tempat bersama kumpulan muziknya dan kali terakhir ada video pada bulan Disember tahun lepas.
Menurut sumber, pemain gitar kumpulan Screen, Ridzuan Rasol @ Mat Rasol atau Wan, 52, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya di Taman Sijangkang Permai, Telok Panglima Garang, Selangor pada 8.40 malam tadi.
Adiknya, Mohd Zaid berkata, kematian abangnya disahkan berpunca daripada masalah jantung.
“Abang memang ada masalah jantung dan sebelum ini pernah mendapatkan rawatan di Hospital Serdang. Selain itu abang juga menghidap kencing manis serta darah tinggi dan perlu makan ubat.
“Jenazah abang akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pendamar, Klang dijangka sekitar jam 10 pagi ini,”
katanya.Wan yang beraksi sebagai pemain keyboard adalah anggota asal kumpulan berasal dari Klang ini bersama Allahyarham Gmie.
Sekadar info, kumpulan Screen yang ditubuhkan pada pertengahan era 1990-an mula mencipta nama menerusi pelbagai lagu antaranya Tak Suka Tak Apa, Kau Saja Di Hati dan Bila Kau Kata Kau Sayang.
Sumber gambar: Wan Screen