Bila orang tanya mak garang atau ayah yang garang. Pasti jawapan anak-anak kita berbeza. Sesetengah anak cakap maknya dan tak kurang juga yang kata ayah lagi garang.
Tak kisah mak garang atau ayah, yang pasti semua ini untuk didik anak menjadi orang yang berguna. Malah, kena ada salah seorang yang tegas sedikit, kalau tak anak tak makan ‘saman’ jawabnya.
Bagi seorang mak, dia garang sekalipun, ada masanya anak-anak tak berapa nak takut. Boleh dia buat main-main. Berlainan pula kalau ayah yang garang dan tegas, anak cepat dengar dan ikut arahan saja.
Beza betul bila mak garang berbanding ayahnya. Tapi tau tak, mak marah sekalipun, setiap solat mesti akan selitkan nama anaknya dalam doa. Percayalah, itulah keberkatan untuk anak-anak.
Namun, ada juga yang merasakan mak lebih garang dan takut berbanding ayah. Tapi, percayalah, mak marah, garang atau bebel, dia langsung tak pernah ambil hati. Begitu jugalah dengan perkongsian daripada Khairul Hakimin Muhammad ini ada benarnya.
Dulu masa kecil saya selalu kena pukul dengan emak. Emak jenis tak marah mulut beriya, namun tangannya lebih laju dari kelajuan cahaya. Saya yakin emak juga adalah bekas pelari pecut negara kerana sentiasa berjaya kejar, pandang je belakang emak dah ada dengan senduk kayu.
Tak ada senduk, tapak tangannya sudah cukup buat kita tersembam dan tergolek-golek. Jurus Jet Li tanpa lompatan dan bersilang tangan akan keluar punya.
Kalau tak kerana emak garang, jangan haraplah nak jadi macam sekarang.
Cuba kau balik sekolah baju kotor, seluar ada tanah, siap sedia kena soal siasat kerana tiba-tiba emak dimasuki roh polis.
Ads
Walau kena marah, emak akan paksa duduk di meja makan. Siapa tak habis jangan harap kau boleh turun dari meja tersebut. Waktu ini Chef Gordon Ramsay sudah pun menguasai jiwa emak.
Kawan-kawan.
Waktu azan, emak akan tanya semua dah solat ke belum. Siapa bergaduh time itu lagilah emak jadi Pedang Setiawan, bergulunglah sejadah terbang.
Selesai semua, emak jadi emak. Tiap malam akan jenguk semua bilik anak-anak. Siang dah macam-macam jurus emak keluarkan, time kami dah tidur emak akan pastikan setiap satu anaknya dimasukkan dalam doa.
Mak, doakan anakmu terus membantu lebih ramai orang. Masa kecil selalu ikat tuala dekat leher nak jadi macam superman, harap dah tua begini berjaya walau tak ada superpower, namun dengan menghulur tangan kepada jutaan manusia untuk bantu kehidupan mereka.
Doakan makkkkk! Love you.
MW: Bukan setakat bebel, tapi tangan mak pun laju sentuh kulit kalau anak-anak dia buat tak dengar atau bikin dia marah.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Ads
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Rezeki dikurniakan baby girl, Aidil Zafuan bersyukur. Tahniah diucapkan buat pemain bola sepak terkenal yang juga pemilik nama sebenar Mohd. Aidil Zafuan dan isteri, Zarema Zainal yang telah dikurniakan cahaya mata perempuan pada 27 Disember 2021.
Seperti mana yang dikongsikan menerusi akaun Instagram rasminya, Aidil memanjatkan rasa syukur di atas kelahiran bayi perempuannya.
Rezeki Dikurniakan Baby Girl
“Alhamdulillah isteri saya telah selamat melahirkan baby girl pada 27.12.2021,” luah pemain pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) itu.
Terima Kasih Kepada Semua
Malah Aidil juga turut mengucapkan terima kasih di atas doa orang ramai buat dia dan isterinya.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri,” kata Aidil.
Menerusi perkongsian tersebut aidil masih belum mendedahkan nama serta wajah bayi perempuannya itu.
Aidil dan Zarema sebelum ini telah dikurniakan dua anak lelaki.
Nekad sungguh, dek kerana tidak suka pink, suami ini nekad roboh dapur warna kegemaran isteri. Tindakan terburu-buru mengikut perasaan ini diambil kerana dirinya tidak suka merah jambu.
Video yang tular ini dikatakan berlaku di Jakarta, Indonesia. Marah sekalipun, apa salahnya suami ini cat sahaja dapur dengan warna lain. Ini tidak, habis musnah dapur.
Suami Nekad Roboh Dapur
Seorang isteri terpaksa berputih mata apabila dapur rumahnya yang dicat serba merah jambu dirobohkan suaminya sendiri yang tidak menyukai warna tersebut, lapor laman berita Suara.com.
Tidak Suka Pink
Menerusi video yang dimuat naik pemilik akaun TikTok @olinn21 itu, suami wanita berkenaan dilihat merobohkan dapur rumah mereka kerana tidak menyukai warna kegemaran isterinya itu.
“Dia tidak suka kerana saya sukakan warna merah jambu,” demikian kenyataan ditulis si isteri pada video tersebut.
Dapur Warna Kegemaran Isteri
Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.
“Nampaknya suaminya rajin ke dapur dan tidak mahu melihat warna merah jambu supaya dia ada ‘mood’ untuk memasak,” komen seorang netizen.
“Suami saya pula tidak kisah dapur berwarna apa pun kerana saya merupakan ratu di rumah,” komen netizen lain.
Video tersebut sudah ditonton lebih 570,000 kali dengan lebih 21,000 tanda suka. – AGENSI
Mingguan Wanita : Nampak kecil saja isu ini, namun ada cerita lain di sebalik video yang tidak semua ketahui. Bayangkan dapur yang sedia cantik dirobohkan begitu saja oleh sang suami. Semoga dapur pasangan ini kembaIi berasap.
Sejak remaja lagi, Baim gemar memancing. Baginya, aktiviti memancing dapat menghilangkan segala tekanan dan secara tidak langsung boleh menjana pendapatan sampingan jika kena caranya.
Mujurlah isteri tercinta amat memahami keadaan dirinya, jadi jika ada terluang, Baim akan peruntukkan waktu untuk mencari lubuk baru. Jika banyak hasilnya, banyaklah rezeki untuk keluarga kecilnya. Minggu ini, Baim dam tiga orang sahabatnya memilih untuk ke Tasik Andaman di utara tanahair.
Sedari awal, hatinya merasa cukup berat untuk meninggalkan isterinya, Naimah yang tengah sarat mengandung anak ketiga. Tetapi setelah dipujuk isterinya, dia jadi tenang untuk teruskan perjalanan. Lagi pula ibu mertuanya datang menemani isteri dan anak-anak. Terasa lega hatinya.
Usai subuh, mereka memulakan perjalanan. Setibanya di lokasi, bot yang disewa telah menanti di jeti untuk bertolak ke Tasik Andaman. Perjalanan ke sana mengambil masa satu jam. Setelah mengambil “port” terbaik, mereka mula memasang khemah. Baim selaku tukang masak meminta sahabatnya, Haikal dan Isa memasang api bagi memudahkan aktiviti memasak.
Sementara menunggu nasi masak, Baim cuba merebahkan tubuh dan akhirnya dia terlelap. Tidur yang nyenyak diganggu mimpi yang pelik. Terus Baim tersedar dan rupanya sudah maghrib. Tanpa melengahkan masa Baim mengambil keputusan untuk mandi dan solat sahaja. Ketika mengambil wud uk, dirinya tercium bau yang sangat harum.
Hatinya terdetik untuk bersuara tetapi tidak jadi apabila tersedar mereka berada di dalam hutan. Selesai solat, mereka bertiga makan malam sekenyangnya sebelum memasang jala untuk menangkap ikan.
Sekali lagi ketika memasang jala, bau harum bunga tadi menerpa lagi. Kali ini Zainal dan Isa pun turut menghidunya apabila masing-masing berpaling melihat antara satu sama lain. Namun demikian, masing-masing seakan tidak mempedulikan apa yang berlaku dan terus memasang jala.
Rezeki Tidak Dijangka
Malam itu, sementara menunggu hasil, mereka ertiga hanya bersantai sambil bercerita tentang perkembangan masing-masing. Menjelang satu pagi, Isa mengajak Baim memeriksa jala yang dipasang. Agak mengecewakan apabila ketiga-tiga jala yang dipasang di kawasan yang berbeza langsung tidak menjerat ikan.
Biar pun kecewa, mereka tidak menyerah kalah. Jam tiga pagi sekali lagi melihat jala yang dipasang, jala pertama dan kedua tiada ikan. Manakala jala yang ketiga hanya ada seekor ikan unik. Ikan kecil itu meronta-ronta minta dilepaskan. Tanpa berfikir panjang, Baim melepaskan ikan itu.
Kecewa dengan situasi itu, mereka bertiga mengambil keputusan untuk tidur sahaja dan teruskan perjalanan pada esok pagi. Dalam lena yang kurang dua jam, Baim sekali lagi didatangi seorang puteri dalam mimpinya. Puteri itu berterima kasih atas pertolongan Baim dan menjanjikan akan memberi rezeki lebih kepada Baim dan rakan-rakan.
Baim tersedar apabila telefonnya berbunyi. Setelah menunaikan solat Subuh dan bersarapan, Baim dan rakan-rakannya merancang untuk mencari lubuk lain sahaja mengenangkan masih tiada rezeki mereka di situ. Ketika ingin mengubah jala, tiba-tiba Isa menjerit kegembiraan apabila melihat jala mereka dipenuhi ikan.
Barangkali itulah rezeki berganda yang dijanjikan puteri yang muncul dalam mimpi. Bagi Baim, segalanya berlaku secara kebetulan kerana setiap rezeki datang-Nya dari Allah SWT.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk ditanggung oleh seorang isteri. Itulah yang kini dilalui oleh Datin Seri Zizie Ezette, 47, apabila pemergian...