WAJIB Menjaga Aurat Dengan Sempurna, Jadi Janganlah Disalahkan SUAMI Sepenuhnya TAK Mendidik

Share

Memang wajib menjaga aurat dengan sempurna, jadi janganlah disalahkan suami sepenuhnya tak mendidik isteri. Bab menjaga aurat sepatutnya dipupuk sejak awal dalam diri isteri itu sendiri.

Namun jika isteri berniat untuk menutup aurat, tetapi tidak mendapat sokongan suami itu lain cerita. Ikuti perkongsian Peguam Syarie, Puan Rabiatul Adawiyah Ramli ini dan hadam baik-baik apa yang disampaikan:

Wajib Menjaga Aurat Dengan Sempurna

Isteri tak tutup aurat dengan sempurna janganlah disalahkan suami sepenuhnya dengan alasan suami tak didik.

Betul suami tak didik dan beri didikan agama.

Tapi soal maruah diri, soal kecantikan diri, soal kesihatan diri, walaupun suami ambil tak kisah, diri sendirilah kena jaga. Takkan semuanya perl u disalahkan suami.

๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ถ๐—ป๐—ถ, ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ% ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ :

  1. Isteri suruh belikan tudung sebab dia nak berubah, tapi suami ambil tak endah.
  2. Selepas itu, isteri minta belikan tudung labuh daripada biasa sebab isteri nak berubah tapi suami tak endah.
  3. Kemudian, isteri suruh belikan ubat sebab sakit tapi suami tak ambil kisah.
  4. Isteri minta belikan barang keperluan peribadi, baju dalam, seluar dalam sebab dah lusuh atau tak sesuai di pakai tapi suami tidak ambil kisah.
  5. Juga isteri suruh belikan makanan dari sumber yang halal, suami tidak ambil kisah.

Lima perkara di atas adalah benar suami boleh diklarifikasikan sebagai salah jika berlaku.

Janganlah Disalahkan Suami Sepenuhnya Tak Mendidik

๐——๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ท๐—ถ๐—ธ๐—ฎ ๐Ÿฑ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜€ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต :

  1. Soal tutup aurat, usahakan sampai dapat sekalipun terpaksa kerah tenaga sendiri.
  2. Soal menjaga aurat dengan lebih sempurna juga adalah wajib. Usahakan sampai dapat. Kalau bajet ciput, beli kain dan jahitlah sendiri.
  3. Jika terlampau sakit yang memudaratkan, mintalah bantuan ahli keluarga lain atau direct call hospital atau sebagainya. Nyawa anda cuma satu, melainkan boleh diganti dengan nyawa suami jika anda mati. Utamakan diri.
  4. Kalau masih boleh pakai, pakai. Tapi kalau hanya dah tinggal bebenang saja. Usahakanlah tukar. Kalau bukan untuk suami pun untuk keselesaan sendiri.
  5. Soal sumber halal Ini wajib untuk elakkan yang haram jika dah tahu. Usahakan juga untuk dapat sumber yang halal. Sumber halal ni kalau dimakan sedapnya tu lain macam. Nanti lama-lama suami tu taulah bezakan nanti.

Dan kelima-lima perkara di atas, jika segalanya adalah atas usaha isteri semata. Simpanlah resit-resit pembelian, simpanlah segala bukti pembelian sama ada untuk diminta ganti pada suami atau sebagai tuntutan tunggakan nafkah isteri nanti.

ย Jadilah Isteri Yang Tahu Membezakan

Seronoklah jadi suami macam itu, kan semua isteri yang usaha?

Seronok sekejap saja, kalau tak bertaubat dan kekal dengan sikap tak ambil kisah, maka Allah yang akan ambil kisah kau nanti.

Semuanya tercatat โ€œdi sanaโ€ tanpa ada satu kisah pun yang tertinggal.

Maka jadilah seorang isteri yang tahu membezakan apa yang baik untuk diri jika berhadapan dengan suami yang sebegini.

Sebagai suami pula. Jadilah seorang suami yang benar-benar ambil kisah terhadap tanggungjawab mu. Bukan ambil kisah jiran sebelah. Kalau tak, lainlah kisahnya nanti.

Hidup ni sementara,

Tidak kekal selamanya,

Jadi gunakanlah masa yang ada

Untuk beri bahagia seadanya bukan untuk menyeksa jiwa dan raga.

Sesungguhnya Allah sentiasa ada bersama hambaNya yang teraniaya.

Watch out you!

Sekian.

#RabiatulAdawiyahRamli

MW: Dalam bab begini, jangan salahkan satu pihak sahaja kerana segalanya bermula dari hati. Sebaliknya sokong antara satu sama lain dan itu adalah yang terbaik.

Sumber: Puan Rabiatul Adawiyah Ramli

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: ย https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaranย  //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita โ€“ https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita โ€“ https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita โ€“ https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

ย 

IKLAN