SWX – Sharifah Aleya Puji Suami Tak Pernah Beza Kasih Sayang Antara 2 Anak Tiri
Sharifah Aleya pelakon, pengacara dan penyampai radio The LITE Breakfast, LITE FM sewaktu hadir menjayakan sesi temubual Sembang Wanita Xtra begitu bertenaga dan sangat segar sewaktu berbicara. Tak kisah berkongsi tentang kisah hidup dan kerjaya, pemilik nama sebenar Sharifah Aleya binti Syed Zainal Rashid Al-Yahya atau lebih mesra dengan panggilan Leya ini merupakan seorang wanita yang kuat bekerja.
Lahir dalam keluarga seni Leya yang juga kakak sulung dalam keluarga pandai bawa diri. Seorang yang peramah namun tegas dan garang!
Seronok berbual dengan Leya rupanya dalam keceriaan ada dirinya mengalami anxiety dan pernah diselubungi kemurungan. Namun dirinya bertuah kerana suami sangat memahami dan mengurangkan kesakitan yang dialami.
Menyentuh tentang keluarga, Leya kini bahagia melayari alam perkahwinan. Sangat bersyukur suami menerima anak kembarnya ibarat anak sendiri. Tak pernah membezakan anak tiri dan anak kandung.
#sembangwanitaxtra
#mingguanwanita #temansetiapwanita #wanita