SWX – Kanser Lidah Stage 4, “7 Bulan Tidak Boleh Telan Makanan”
“Darah memancut dari lidah sangat menyakitkan,semasa ujian biopsi juga dilakukan tanpa bius…benar- benar menyakitkan..”
“Petanda pertama saya tahu diuji kanser lidah bila mana ulser tak baik-baik dan asyik di tempat sama. Pada ujian pertama, saya menangis dan tak mampu menelan langsung makanan,” demikian kongsi Noor Syahida Ramli yang diuji kanser lidah tahap akhir yang sangat menyakitnya.
Dalam vodcast ini, dikongsikan kisah penuh cabaran apabila terpaksa melalui kehidupan selama 7 bulan tanpa dapat makan seperti biasa. Ujian ini bukan sahaja memberi kesan fizikal, tetapi juga emosi dan mental.
Semoga perkongsian ini memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan, mengenali simptom awal dan mendapatkan rawatan secepat mungkin.
Jangan lupa untuk terus menyokong dan mendoakan mereka yang sedang berjuang melawan penyakit ini.
#KanserLidah #Kesihatan #MingguanWanita #Inspirasi #Awareness
