Ads
Ads

SWX – Justice For Syamsul Haris

Dalam episod kalim ini Sembang Wanita Xtra, hos Syamimi Malek bersama Puan Ummu Haiman Bee Daulatgun, ibu kepada arwah Syamsul Haris Shamsuddin — pelatih PALAPES UTM Skudai yang meninggal dunia ketika menjalani latihan di Pusat Latihan Darat (PULADA).

Ini bukan sekadar podcast; ini sebuah perjalanan seorang ibu menatang rindu, mengingat anak sulung yang periang, kental, dan berjiwa besar.

Arwah menuntut Ijazah Sains Komputer, pengkhususan Cyber Security di UTM, Skudai. Bijak, bercita-cita besar, dan mahu melindungi keluarganya dengan ilmu yang dia ada. Namun siapa menyangka, anak yang penuh semangat itu pergi terlalu awal. Hari Puan Ummu menerima berita, dunianya jadi gelap. Dia menghantar anak dengan doa, berharap pulang membawa segulung ijazah… tetapi yang kembali hanyalah jenazah berdarah.

Nafasnya seakan tercabut, kehilangan tempat bersandar, kehilangan kawan, kehilangan anak yang menjadi harapan. Hari ini, air mata menjadi teman setia seorang ibu. Namun dalam tangisan itu, masih ada semangat — semangat menuntut bela buat anaknya.

Puan Ummu tekad mencari kebenaran, walau harus digali semula pusara Haris, demi memastikan kematiannya tidak terkubur bersama misteri.

#SembangWanitaXtra #SyamimiMalek #SyamsulHarisShamsuddin #UmmuHaimanBeeDaulatgun #PALAPES #UTM #UTMSkudai #PULADA #PodcastMalaysia #podcast #swx #mingguanwanita #malaysia #singapore #indonesia #brunei #australia

Video Seterusnya

Ads

Video Menarik

Ads
SeeNI ×