SWX – Duit Jatuh Dari Langit
“Tarik duit dari alam ghaib. Turun dari langit. Akak nak berapa juta? RM2 juta seorang. Ok boleh. Bawa guni siap-siap untuk isi duit nanti. Syaratnya bawa dua guni sahaja setiap seorang.
“Malam itu kami berempat berkumpul di tengah padang. Kawasan lapang. Jam 3 pagi, tok bomoh mula baca menteranya. Bulu roma dah meremang ketika itu. Kami diminta tutup mata dan tak boleh langgar pantang ini.
“Habis tok bomoh baca mantera, suasana terus jadi sunyi sepi. Tak berapa minit terus kedengaran bunyi seperti runtuhan dari langit. Memang kuat betul. Macam nak runtuh dada.
“Tok bomoh kemudian minta kami buka mata. Ya depan mata kami, ada segunung duit….
Inilah sebahagian pengalaman penulis kisah misteri, Jamilah Haji Bujang yang terlibat dengan penulisan kisah misteri di majalah Mastika suatu ketika dahulu.
Ramai yang mungkin menganggap kisah tarik duit dari alam ghaib ini tahayul tapi dalam mencari kebenaran berita, penulis kisah2 misteri ini mencari bomoh2 yang melakukan pekerjaan begini sebelum menulis untuk majalah.
Jangan terperanjat, ramai orang2 kaya dengan kereta mewah mencari bomoh2 begini untuk terus jadi kaya.
*DISCLAIMER:- Kisah dikongsikan tetamu adalah berdasarkan pengalaman sendiri ketika mencari bahan penulisan untuk majalah. Bukan mahu menggalakkan mempercayai cerita tahayul tetapi inilah sebahagian realiti manusia yang mencari duit dengan cara salah. Dalam menyangka boleh kaya cepat tetapi mereka menyekutukan Allah.
#temansetiapwanita #podcast #tarikduit #sembangwanitaxtra #mingguanwanita #podcast #vodcast #malaysia #indonesia #singapore #brunei #australia #swx