SWX – Cinta Makin Teguh, Keikhlasan Suami Bella Park Terbukti Ketika Kerjakan Umrah
Dalam episod kali ini, hos kita, Syamimi Malek bersama Bella Park yang berkongsi kisah suka duka semasa mengerjakan umrah bersama suami tercinta.
Masa buat umrah tak sampai berapa minit Bella doa nak anak, tiba-tiba datang seorang budak terpa Bella.
“Panggil Ummu, Ummu. Comel sangat. Ya Allah, Bella kata cepatnya doa termakbul.
“Dengan muka comel, Arab-arabnya dengan rambut kerinting, sungguh comel sangat. Rasa nak bawak balik Kedah dan dan tu gak. Tapi kami dukung dia nak cari maknya. Dekat setengah jam jugalah tak jumpa2.
“Kemudian masa di luar pintu dataran Masjid Nabawi, nampak seorang budak yang terus terpa pada adiknya tu. Kemudian nampak maknya yang sedang menangis2. @bellapark12 pergilah pada maknya, lepas dia menangis, dia terus ambil beg pukul anaknya yang besar tu sebab tak jaga adik.
#mingguanwanita #podcast #temansetiapwanita #malaysia #indonesia #singapore #brunei #australia #bellapark #sembangwanitaxtra #swx