SWX: Berani Melangkah: Dari Idea Perniagaan ke Hidangan Seimbang Setiap Hari
Ramai wanita menyangka idea mereka terlalu kecil untuk berjaya. Sedangkan banyak perniagaan hebat bermula daripada resipi keluarga, tempahan jiran-jiran dan impian sederhana untuk membantu menambah pendapatan keluarga. Apa yang diperlukan bukan kesempurnaan tetapi keberanian untuk bermula.
Dalam Sembang Wanita Xtra kali ini, kami membincangkan bagaimana wanita boleh mengubah idea menjadi peluang, membina keyakinan diri dan pada masa sama menyediakan hidangan yang lebih seimbang untuk keluarga serta komuniti. Kerana kadangkala, langkah paling berani bukanlah langkah yang besar tetapi langkah pertama. 💛
#MAGGIWanitaCukupBerani #KenaliPotensiDiri #SembangWanitaXtra #MAGGIWCB #MAGGIMY
