SWX – Ada Gangguan Masa Shooting Khadam?

Ads

Ada gangguan ketika penggambaran filem Khadam?

Dalam episod khas Sembang Wanita Xtra (SWX) kali ini, kami membawakan barisan pelakon filem Khadam iaitu Remy Ishak, Aghniny Haque dan Siti Khadijah Halim untuk berkongsi pengalaman sepanjang menjayakan filem seram dramatik yang dinanti-nantikan ramai.

Selain berkongsi cabaran melakonkan watak yang sarat dengan emosi, mereka turut mengupas isu saka, trauma yang diwarisi turun-temurun serta pengorbanan wanita dalam institusi keluarga yang menjadi tunjang utama jalan cerita Khadam.

Benarkah ada pengalaman yang sukar dijelaskan ketika penggambaran?
Apakah cabaran terbesar membawakan kisah yang penuh misteri dan emosi ini?

Saksikan perbualan eksklusif yang membuka sisi berbeza filem Khadam, sebuah naskhah yang bukan hanya mengangkat elemen seram, tetapi juga kekuatan dan perjuangan seorang wanita.

🎬 Khadam kini di pawagam seluruh Malaysia.

Jangan lupa LIKE, SHARE dan SUBSCRIBE untuk lebih banyak temu bual eksklusif selebriti dan kandungan menarik di SWX.

#swx #sembangwanitaxtra #khadam #remyishak #aghninyhaque #sitikhadijah #FilemMelayu #FilemSeram #mingguanwanita

Video Seterusnya

Ads

Video Menarik

Ads