SWX – 4 Tahun Terbaring Koma, Jahidah Nordin Mangsa Keganasan Rumahtangga
Selepas empat tahun bertarung nyawa akibat kecederaan parah dipukul suami pada 2021, Jahidah Nordin, 49, dilaporkan masih kekal koma dan bergantung sepenuhnya kepada rawatan serta penjagaan rapi keluarga.
Insiden tragis ketika mangsa hamil empat bulan itu menyebabkan tulang tengkoraknya terpaksa dibuang akibat pendarahan otak, selain kecederaan serius pada wajah, rahang dan tulang belakang. Dalam keadaan tidak sedarkan diri, Jahidah turut melahirkan seorang bayi lelaki, Nufail yang kini disahkan sebagai OKU.
Hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas suaminya, Rosmaini Abd Raof, yang dikekalkan mahkamah baru-baru ini kembali mencetus perhatian terhadap kes ini. Walaupun keputusan itu memberi sedikit kelegaan kepada keluarga, keadaan Jahidah yang masih koma selepas empat tahun terus menjadi simbol tragis keganasan rumah tangga di negara ini.
#fypppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppp #sembangwanitaxtra #mingguanwanita #swx #podcast #vodcast #malaysia #indonesia #singapore #brunei #australia #timorleste
