“Ramadan Rasa Kosong Tanpa Abah..” Dayah Bakar
“Sebelum abah pergi, abah sempat berzikir sebanyak seribu.. saya lega sebab saya tahu abah pergi dengan zikir yang banyak dan tidak pernah putus bersedekah” – @dayahbakar
Kehilangan yang dirasai dan meruntun jiwa, apatah lagi apabila diuji kehilangan ayah tercinta hanya kerana “sakit perut”. Menurut Dayah, Ramadan kali ini disambut dengan hati yang sedih dan kosong setelah pemergian ayahnda pada November tahun lepas.
Yang dahulunya menjadi penceria suasana, kini ditinggalkan hanya dengan rasa rindu yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Betul juga kata Dayah, kita tidak akan tahu macam mana peritnya kehilangan ibu-bapa, sampailah ujian itu terjadi kepada kita. Al-Fatihah, semoga arwah bapanya, Abu Bakar Johar ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin #mingguanwanita
