Rakan Wanita Grab #SisBolehBersamaGrab Episode 1
Dahulu hanya sebagai suri rumah kini Rakan Wanita Grab, Fatin Hanani dapat memenuhi kehendak anak-anak paling istimewa setiap detik bersama anak dapat dikongsi bersama. Mana tidaknya kerjaya sangat fleksibel, anak-anak pun terjaga rapi. Ikuti momen berharga antara Fatin Hanani bersama anak lelaki kesayangannya Yunan. Memang sayu bila Yunan bertanya, Mama tak pernah penat ke? Fatin dengan penuh iklhas menjawab, “Tak apa untuk Yunan, abang dan adik-adik. Paling penting ada duit untuk kita sekeluarga makan”. Selain Fatin, Fadzilawatul Liyana juga sangat menghargai kerjaya bersama grab di mana dirinya dapat membesarkan anak-anak sendiri. Sekaligus membantu suami menjana pendapatan keluarga. Kemudian mengimbangi keperluan anak-anak dan memenuhi tuntutan kerja apabila bekerja sebagai rakan-penghantar Grab. Selepas anak-anak pulang ke sekolah dirinya boleh mengambil mereka tanpa sebarang kekangan dari mana-mana individu. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana Grab memperkasa Rakan Wanita Grab, layari grb.to/sisboleh #SisBoleh