Masha Group & Mingguan Wanita Raikan 500 Anak Yatim Dalam Majlis Sempurnakan Raya
Ramadan sering mengingatkan kita bahawa kebahagiaan tidak selalu datang daripada apa yang kita miliki tetapi daripada apa yang kita mampu kita kongsikan dengan orang lain.
Baru-baru ini, lebih 500 anak yatim daripada 11 rumah kebajikan diraikan dalam majlis berbuka puasa Sempurnakan Raya anjuran Masha Group dengan kerjasama majalah Mingguan Wanita. Saat diraikan, jelas keceriaan terpancar pada wajah anak-anak yatim diraikan.
Menurut CEO Masha Group, Puan Enica Foong Pui Kuan, beliau berasa gembira dapat berkongsi rezeki bersama anak-anak ini. Melihat wajah-wajah ceria mereka menikmati hidangan berbuka puasa sudah cukup memberi kepuasan buat dirinya.
Majlis yang turut menampilkan pengacara Dayah Bakar itu menjadi lebih meriah apabila anak-anak bukan sahaja menerima duit raya malah berpeluang memilih minyak wangi pilihan mereka sendiri. Kehadiran badut turut menceriakan suasana, menjadikan petang Ramadan itu dipenuhi gelak tawa dan kegembiraan
#sempurnakanraya #mashagroup
