Home Khianati Cinta, Rampas Harta Tanpa Belas
Khianati Cinta, Rampas Harta Tanpa Belas
Ada pasangan yang susah dari awal perkahwinan, mengumpul harta dan kekayaan bersama-sama.Atas dasar kepercayaan dalam perhubungan, segalanya diuruskan ‘bulat-bulat’ tanpa rasa ragu sedikit pun. Namun apabila kepercayaan dikhianati dan tiada lagi persefahaman, harta yang dikumpul bersama, rupanya telah ‘diragut’ begitu sahaja. Tergamak ‘menafikan’ hak bersama dan sanggup tinggalkan pasangan sehelai sepinggang.