Kemaruk ‘LIKE”, Marketing Jaja Aib
Sikit pun tak ada rasa malu ya? Mana nak letak muka andai Allah membuka aib kita di dunia? Allah Maha Pengasih dan Penyayang, tidak mahu menunjukkan aib hambaNya. Tapi kita pula yang sibuk dan begitu taksub untuk melakukan pelbagai perkara memalukan semata-mata untuk mendapatkan perhatian ramai. Dalam konteks dunia digital hari ini, ramai yang kemaruk ‘LIKE’ untuk apa juga tujuan; peribadi atau bisnes.
Ada yang ketepikan larangan agama apabila begitu berani menjaja aib diri. Saban waktu kita disajikan dengan pelbagai aksi dan idea berani semata-mata memenuhi konten pemasaran atau marketing. Adakah ini perlu diterima sebagai norma biasa pemasaran? Kita ikuti pandangan pempengaruh sosial Hazeman Huzir dalam mengupas topik ini.
#sembangwanita
#mingguanwanita