Mingguan Wanita kini berada di dalam aplikasi   
Mingguan Wanita kini berada di dalam aplikasi   
Home Isteri Terlalu Berdikari, Apa Guna Ada Suami?

Isteri Terlalu Berdikari, Apa Guna Ada Suami?

Memiliki isteri yang berdikari memang satu bonus besar buat suami. Banyak urusan keluarga yang terbeban di bahu terasa ringan dengan kehadiran isteri hebat ini.
Suami boleh bergantung harap dengan isteri kerana tak perlu bersusah payah atau berfikir banyak sebab isteri dah uruskan.

Ada suami ambil kesempatan ke atas isteri apabila banyak hal dilepaskan kepadanya untuk uruskan.

Namun sampai bila nak isteri yang uruskan segalanya? Lama-kelamaan rasa tak puas hati akan terbit sebab sepatutnya dalam rumahtangga susah senang sama-sama hadapi dan uruskan.

Jangan terkejut, apabila isteri yang terlalu berdikari ini membuat keputusan ‘angkat kaki’ meninggalkan suami kerana berasakan untuk apa ada suami jika semuanya dia yang uruskan. Dengarkan penjelasan pakar Psikologi, Puan Zumasni Rajikin dalam Sembang Wanita, Rabu jam 8.30 malam.

#sembangwanita
#temansetiapwanita



Video Berkaitan