Dia Bukan Syurga, Cahaya Pasti Ada | Sembang Wanita X-Tra
“Suami tidur sekatil dengan kawan baik saya sendiri…
“Suami tuduh saya curang, tak mengaku anak dalam kandungan ini anaknya hingga suruh check DNA anak kalau lahir.
“Dia tuduh saya ada lelaki lain sedangkan saya ada bukti dia tidur sekatil dengan kawan baik saya sendiri.
“Setiap kali bergaduh, emaknya akan suruh ceraikan saya hingga pernah sekali saya buat keputusan bodoh mahu terjun dari bangunan kerana begitu tertekan didera dalam perkahwinan.
Ikuti kisah Iman, yang melalui episod duka dalam rumahtangga. Setiap kali dipukul, suami akan minta maaf dan janji tak buat lagi tapi tubuh kecilnya sering jadi mangsa bekas suami yang juga penagih.
Pengakuan Iman ini, merungkai kisah benar seorang isteri yang terperangkap dalam konflik rumah tangga yang penuh dengan penderaan emosi, manipulasi dan ‘red flag’ seorang suami.
Tatkala dia berperang dengan dirinya sendiri antara ingin bertahan demi rumah tangga atau menyelamatkan dirinya yang semakin hilang, namun akhirnya dia memilih untuk bangkit.
“Dia Bukan Syurga” adalah lebih daripada sekadar kisah peribadi. Ia adalah suara untuk semua wanita yang sedang terperangkap & yakin adanya cahaya selepas hujan.
#SembangWanitaXtra
#DiaBukanSyurga
#CahayaPastiAda