Video seorang ustazah merangkak di dalam kelas baru-baru ini mengundang reaksi negatif daripada netizen. Rata-rata menyalahkan ibu yang terlibat dalam video ini, malah lebih teruk memburuk-burukkan dia seterusnya mula menyebar gambar wanita tersebut.
Tindakan ini membuatkan suami wanita tersebut tampil dan merayu agar masyarakat menghentikan perbuatan itu kerana perkara ini telah diselesaikan secara baik.
Baru Ditularkan
Saya rayu hentikan sebar gambar isteri saya. Semuanya dah selesai, luah suami wanita yang dikaitkan dengan penyebaran video menunjukkan seorang ustazah merangkak di dalam kelas baru-baru ini.
Dia yang enggan dikenali berkata, kejadian dalam video tersebut berlaku minggu lalu, namun baru ditularkan.
Katanya, pertemuan bersama ustazah tersebut telah dibuat dan perkara tersebut sudah diselesaikan dengan cara baik.
“Kami sekeluarga tertekan dengan pelbagai fitnah dan tuduhan tidak benar mengenai kejadian itu.
“Saya dan isteri sudah membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tentang buli siber yang dikenakan ke atas kami sekeluarga,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya dalam lawatan bersama Yang Dipertua Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Bagan Datuk, Ezatul Farita Rohawi di Sungai Sumun di sini hari ini.
Ads
Beliau berkata, semua pihak tidak perlu mengeruhkan keadaan dan serahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan sebarang tindakan.
Video Mengundang Kecaman
Terdahulu, video berdurasi dua minit 17 saat itu telah tular di laman sosial semalam mencetuskan pelbagai kecaman netizen.
Sementara itu, ustazah berkenaan yang dihubungi media menjelaskan perkara tersebut telah selesai.
Ads
Beliau bagaimanapun enggan mengulas tentang kejadian tersebut.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin berkata, kejadian yang berlaku di sebuah sekolah agama rakyat di Parit 15, Sungai Sumun di sini sudah pun diambil tindakan.
Katanya, kedua-dua pihak sudah pun mengambil jalan damai dan menghentikan isu berkenaan.
Ads
“Jadi saya minta semua pihak hentikan sebarang penyebaran video, gambar dan maklumat tidak sahih tentang kejadian itu.
“Pihak JAIPk sudah pun mengambil tindakan sewajarnya berkaitan kejadian tersebut,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
MW: Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua. Sesungguhnya guru adalah insan yang patut disanjungi dan dihormati. Dari seorang gurulah, anak-anak mula mengenal hidup dan menimba ilmu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pelbagai ragam manusia dan kadang-kadang tak terjangkau dek akal. Benarlah kata orang, manusia terkadang sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi seperti yang dilakukan oleh wanita ini.
Gara-gara tidak mahu berpindah rumah, wanita ini nekad simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak 10 tahun lalu. Tidak dapat bayangkan dia lalui hari-hari tinggal bersama jasad ibunya yang tidak bernyawa.
Tidak Mahu Berpindah
Segala kebenaran akhirnya terbongkar apabila pihak polis di Tokyo, Jepun menahan seorang wanita selepas menjumpai mayat ibunya yang disembunyikan dalam sebuah peti sejuk di sebuah apartment di Tokyo.
Suspek, Yumi Yoshino, 48, berkata, dia menemui ibunya meninggal dunia dan menyembunyikan dalam peti sejuk sejak 10 tahun lalu kerana ‘enggan berpindah’ dari rumahnya itu.
Ramai yang ternanti-nanti sama ada terdapat caj tambahan atau tidak kepada peminjam sewa beli jika mengambil moratorium.
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah apabila Menteri Kewangan mengesahkan bahawa tiada caj tambahan atau penalti lewat bayar jika ambil moratorium seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini.
Tiada caj tambahan dikenakan kepada peminjam sewa beli konvensional dan syariah sepanjang tempoh moratorium pembiayaan.
Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kementerian membuat keputusan itu selepas mencapai kata sepakat dengan industri perbankan.
Jumlah Ansuran Tidak Berubah
Beliau berkata, persetujuan dicapai menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan tidak berubah bagi kedua-dua jenis pembiayaan berkenaan.
“Sehubungan itu, peminjam akan perlu menyambung pembayaran ansuran seperti biasa berdasarkan terma perjanjian dengan bank masing-masing.
“Ia termasuk tambahan enam bulan bagi keseluruhan jadual pembiayaan jika memilih untuk memanfaatkan moratorium berkenaan,” katanya.
Tengku Zafrul berkata, maklumat lanjut boleh didapati daripada bank masing-masing.
“Kerajaan berharap keputusan ini akan dapat meringankan beban rakyat dalam tempoh yang mencabar ini,” katanya.
Sumber: Harian Metro
MW: Semoga mak, ayah sentiasa mengamalkan sikap berjimat-cermat sepanjang tempoh PKP ini. Mungkin duit bayaran kereta yang ditangguhkan buat beberapa bulan ini dapat disimpan untuk kegunaan lain pada masa akan datang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bila bab mencari barang, selalunya serahnya pada isteri. Mak-mak ni selalunya barang terselit celah mana pun boleh jumpa. Siapa sangka gurauan isteri, ‘misteri’ kehilangan AirPod suami rupanya betul.
Jika suka pakai AirPod lebih-lebih lagi sebelum tidur ada baiknya lebih berhati-hati.Siapa sangka sukar bernafas dan kerap tersedak ketika minum rupanya tertelan sebiji airpod.
Sukar Bernafas & Kerap Tersedak
Seorang lelaki yang bangun tidur dalam keadaan sukar bernafas, terkejut apabila diberitahu puncanya; AirPod.Brad Gauthier, 38, sedar ada yang tidak kena apabila dia kerap tersedak ketika minum pada pagi Selasa lalu.
Walaupun berasa tidak selesa sepanjang hari, Gauthier tidak mengesyaki apa-apa dan meneruskan kerja seharian seperti biasa.
Gurauan Isteri Benar
Namun ketika dia tercari-cari salah satu AirPod miliknya, gurauan isterinya membuatkan dia semakin tidak sedap hati dan membuat keputusan ke hospital.
“Isteri membantu saya mencari AirPod berkenaan dan berjenaka, ‘mungkin awak sudah tertelannya’,” katanya seperti dipetik dalam portal Metro UK.
Jalani Pembedahan Endoskopi
X-ray yang dijalankan kemudian membuktikan kata-kata isterinya bukan sekadar gurauan.Gauthier bagaimanapun sangat beruntung kerana AirPod itu tidak berada dalam kedudukan yang menghalang laluan oksigen atau menyebabkan kerosakan organ serius.
Dia yang terpaksa menjalani pembedahan endoskopi untuk mengeluarkan AirPod berkenaan, percaya dia tertelan fon telinga itu semasa tidur.
“Saya memakai fon telinga kerana anak saya yang berusia enam bulan mudah terjaga. Entah bagaimana saya tertidur dengan fon itu.
“Tetapi bagaimana ia boleh masuk ke dalam mulut, saya sendiri tidak tahu,” katanya.
MW:Macam-macam hal. Telahan isteri selalunya benar belaka. Malah jika barang hilang atau tersembunyi selalunya, isteri memang mudah jumpa. Bagi yang selalu pakai AirPod lebih-lebih lagi semasa tidur, semoga lebih berhati-hatilah iya.
Mejar Mohd. Fikry dan isteri memohon doa seluruh rakyat Malaysia untuk kesihatan anak kembar tiga mereka yang kini dirawat di NICU Hospital Melaka. Kisah penuh harapan dan ketabahan seorang ayah.