Video 8 Minit Ini Akan Buat Anda Kagum

Share

Cikgu Ameer Firdaus Bin Onn, 27 ini cuma perlukan masa 8 minit untuk membuatkan anda kagum. Video 8 minit ini bukti cantiknya lukisan doodle pada dinding kelas 6 Pintar di SK Lenjang Pedalaman Orang Asli Kuala Lipis, Pahang.

Guru Major Sains yang mengejar subjek sains di sekolah pedalaman ini mengambil masa 6 hari untuk mencipta sebuah bilik darjah yang selesa untuk pelajarnya. Semua itu termasuklah menyiapkan langsir dan wallpaper untuk meja murid.

Antara cabaran yang Cikgu Ameer Firdaus terpaksa tempuh sepanjang mendidik anak-anak Orang Asli di SK Lenjang Pedalaman Orang Asli Kuala Lipis, Pahang.

Kekurangan Adalah Peluang

Graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) Sultan Mizan, Terengganu tak sesekali mengalah dengan persekitaran sekolah yang serba kekurangan. Sekolah SK Lenjang terletak jauh kira-kira 90 kilometer dari bandar Lipis.

Kami serba kekurangan. Namun, kekurangan adalah peluang untuk kita improve dan cari kepuasan dengan cara sendiri.” Inilah tuturnya ketika ditanya mengapa bersungguh-sungguh menghasilkan kelas sedemikian cantik.

Tambah beliau lagi, kos keseluruhan untuk mencantikkan kelas sebanyak RM500. Ini merupakan projek keduanya.

Projek pertamanya, buku doodle

Selepas Projek Doodle Pertama

Kepakarannya membuat lukisan doodle juga pernah membuatkan guru muda ini viral tak lama dulu. Menerusi projek pertamanya itu, Cikgu Ameer menghasilkan sebuah buku nota sains doodle dengan judul ‘Hey Jom Bijak Sains’.

Kali ini saya berlawan dengan masa. Mahu siapkan hasil kerja saya dengan cepat. Penat memang penat, kadangkala sakit badan. Tapi semua itu tak menghalang keterujaan saya nak sudahkan hasil karya ini.

Sepanjang menyiapkan projek doodle keduanya itu, Cikgu Ameer mendapat sokongan daripada ramai rakan-rakan gurunya. Anda akan nampak guru-guru yang menemankannya ketika dia melukis.

Antara sahabat dan rakan guru yang ada dalam video tersebut adalah Cikgu Aliff Syafiq, Cikgu Pahimi Hassan, Cikgu Syauqi Mustafa dan Cikgu Ariff Mazland.

Video 8 Minit, Wow! Hebatnya Cikgu Ameer Buat Sorang-sorang Dia Je

Sumber/Foto/Video : Facebook Ameer Firdaus

IKLAN