Usia 72 bukan halangan timba ilmu. Tahniah buat pelakon Datuk Fauziah Nawi, 72, yang menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) jurusan Seni Lakon Teater di bawah program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) baru-baru ini.

Faktor usia bukanlah halangan dan Fauziah membuktikan perkara tersebut. Walau memiliki pengalaman dalam dunia seni namun dirinya masih menyifatkan sijil dan kelayakan akademik sebagai penanda aras penting terhadap kredibiliti seseorang.

Usia 72 Bukan Halangan Timba Ilmu

Malah Fauziah mahu membuktikan kepada cucu-cucunya usia bukanlah satu penghalang untuk seseorang itu menyambung pelajaran.

“Bagi saya, menuntut ilmu sangat penting tambahan pula zaman sekarang lebih memerlukan sijil dan kelayakan akademik berbanding pengalaman berpuluh-puluh tahun.

“Saya dah rugi banyak masa dahulu, arwah bapa suruh belajar tapi saya tak mahu, sekarang baharulah ada kesedaran dalam diri sendiri.

“Selain itu, saya mahu jadi sumber inspirasi buat cucu dan Alhamdulillah mereka okay, ada juga yang masih belajar. Saya rasa tak perlu pun (sambung belajar), tapi ini demi nak tunjukkan bahawa belum terlambat untuk sambung pengajian tak kiralah usia berapa pun,” ungkap Fauziah seperti mana dipetik menerusi Sinar Harian.

Untuk maklumat selain menggenggam Ijazah Sarjana Profesional dalam Industri Seni (Lakonan) dari Open University Malaysia (OUM) pada 2018, Fauziah juga difahamkan memiliki Diploma Bidang Koordinasi Pengarahan Filem dari Meatech Creative Academy, 2020 lalu.

Ads

SKM diterimanya difahamkan hanya berdasarkan penilaian menerusi peperiksaan fizikal semata-mata, bukannya perlu melengkapkan pengajian minimum tiga tahun seperti pelajar lain.

Usia 72 Bukan Halangan Timba Ilmu, Datuk Fauziah Nawi Terima Sijil SKM “Mahu Jadi Sumber Inspirasi Buat Cucu”
Foto : Sinar Harian

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Nawi (@fauziahnawi)

Sumber : Sinar Harian

Ads

Baca Disini : FAUZIAH NAWI Kini Bergelar Datuk, Bersyukur Diiktiraf Ketika Masih Hidup

Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

Ads

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.

Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI