Nama Anas Zahrin, pengasas jenama kecantikan ANAS Cosmetics, terus menjadi sebutan apabila dinobatkan sebagai Seller Creator Terbaik di Shopee Superstar Awards 2025, menewaskan tiga lagi calon hebat dalam kategori sama.

Majlis yang berlangsung meriah di ibu kota itu menjadi satu lagi detik bersejarah buat pempengaruh dan usahawan muda kelahiran Kota Tinggi, Johor, yang semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai ikon usahawan digital tempatan.

Usahawan kosmetik raih gelaran Seller Creator Terbaik Shopee Superstar Awards 2025

“Alhamdulillah, detik manis pada 1 November 2025 ini akan saya kenang sampai bila-bila. Setelah lebih tiga tahun bersama platform Shopee, ini bagaikan penamat indah buat tahun yang penuh cabaran dan kejayaan,” ujar Anas penuh syukur.

Ads

Menurut pemenang TikTok Shop Creator of The Year (Anugerah TikTok MY 2023) itu, kemenangan kali ini menjadi bukti bahawa usaha gigih dan keazaman tidak pernah mengkhianati hasil.

Usahawan kosmetik raih gelaran Seller Creator Terbaik Shopee Superstar Awards 2025

“Ada yang mudah berputus asa bila gagal atau jatuh. Tapi bagi saya, istilah negatif itu perlu dibuang jauh. Setiap kegagalan itu adalah ruang untuk bangkit semula,” katanya.

Sejak dilancarkan pada Ogos 2017, ANAS Cosmetics yang terkenal dengan rangkaian lipmatte dan serum bibir. Ia mencipta fenomena tersendiri di platform e-dagang dengan jualan ratusan ribu unit.

Ads

Tidak hanya berjaya dalam perniagaan, Anas turut dikenali sebagai figura dermawan yang cakna terhadap isu kemanusiaan.

Pada 6 Oktober lalu, beliau menyumbangkan cek bernilai RM50,000 kepada Persatuan Cinta Gaza Malaysia menerusi inisiatif Sumud Flotilla bersempena kejayaan luar biasa jualan 1 juta unit lipmatte jenamanya di TikTok.

Ads

Usahawan kosmetik raih gelaran Seller Creator Terbaik Shopee Superstar Awards 2025

Kejayaan dan keprihatinan itu menjadikan Anas bukan sekadar simbol usahawan berjaya, tetapi juga inspirasi buat generasi muda yang mahu berdiri di atas nama usaha, iman dan impian.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI