Uqasha Dedah Setahun Bertahan Sebab Anak “Saya Tidak Pernah Berniat Mahu Membuka Aib Sesiapa”

Share

Uqasha dedah setahun bertahan sebab anak. “Bersabar sebab anak? Sebab itulah sudah setahun saya bertahan” itulah antara luahan pelakon cantik Uqasha Senrose yang kini sedang berhadapan dengan masalah rumah tangga dengan suaminya yang juga pelakon terkenal tanahair, Kamal Adli.

Uqasha Dedah Setahun Bertahan

Tiada siapa yang berkahwin, mahu berakhir dengan penceraian. Begitulah dugaan yang dihadapi oleh Uqasha. Seperti yang diketahui Uqasha dan Kamal Adli yang bernikah pada 5 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, berusia 1 tahun enam bulan kini sudah tidak sehaluan.

Mahkamah menetapkan 28 Oktober ini sebagai tarikh baharu bagi prosiding kes perceraian antara pasangan tersebut selepas pihak defendan, Kamal, tidak hadir pada prosiding pertama yang berlangsung semalam.

Difahamkan, Uqasha memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu, di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam, dengan alasan tiada lagi persefahaman.

Keputusan Bukannya Terburu-Buru

Menerusi perkongsian di Tik Tok Uqasha mendedahkan keputusannya bukan dibuat secara terburu-buru, sebaliknya selepas tempoh panjang mempertahankan mahligai cinta mereka demi anak tersayang.

“Bersabar untuk anak? Ya, kerana anaklah saya bertahan selama setahun,” ungkapnya.

Malah Uqasha juga beranggapan apa yang berlaku merupakan ujian dari Maha Esa. Tidak mahu mendedahkan aib sesiapa dirinya lebih memilih berdiam diri.

“Betul ini dugaan, dugaan untuk diri saya. Sudah bahagian saya begini. Setiap manusia tidak akan henti diuji, cuma bentuk ujiannya berbeza.

“Dah terlalu masak dan terlampau masak, terserah kepada kalian (netizen). Saya tidak pernah berniat mahu membuka aib sesiapa. Mata saya pun sampai nampak lain sebab banyak menangis,” ungkapnya.

Baca Disini : Uqasha Senrose, Kamal Adli Sudah Tidak Tinggal Sebumbung, Rumah Tangga Bergolak Sejak April

Bagi Fattah, setiap pasangan perlu sekufu dalam hal agama dan tujuan hidup. Itulah yang menjadi pegangan utama dalam membina rumah tangga yang kukuh.

 

Published by
Norhayati Suboh