Siapa yang tidak kenal dengan instafamous yang menjadi sebutan di kalangan pengikutnya. Setiap hasil sentuhan solekannya turut menarik perhatian sesiapa sahaja. Tidak hairan daripada pengalaam nzero dalam bidang solekan, namaya kini sering disebut-sebut.

Permulaan penglibatannya dalam media sosial, apabila dia memuat turun hasil solekan sentuhannya. Apatah lagi, pada masa itu, hasil solekan cukup membanggakan. Dengan taruhan wajahnya yang dahulu berjerawat dan mampu menutupi cela-cela yang solekan ringkasnya.

Daripada situ, dia mula mendapat permintaan untuk membuat solekan terutamanya solekan untuk orang kahwin atau bertunang. bayangkan ketika itu, pada tahun 2014, dia hanya mengambil upah untuk mekap orang bertunang dengan harga RM60 sahaja.

Kini, semuanya telah merubah kehidupan Nor Nabilah Zulyadaini, 26 tahun atau dikenali sebagai Bella. Sehingga sekarang jumlah pengikutnya di IG telah mencapai 969 000 dan setiap kali dia muncul secara live di media sosial, viewer masih ramai iaitu 10 000. Dengan populariti dan ditambah dengan kejayaannya dalam perniagaan yang berkait rapat dengan kecantikan, dia telah menerima anugerah Ikon Belia 2018 oleh kerajaan negeri Kedah dan Ikon Usahawati Utara 2019.

Cari Duit Sendiri

Menurut Bella, sebelum kehidupannya berubah 360 darjah, dia adalah anak kampung yang bekerja untuk menampung dan membantu keluarganya.

“Saya anak keempat daripada enam orang adik-beradik dan belajar sehingga tamat SPM sahaja. Tiada niat untuk saya sambung belajar kerana fokus saya adalah untuk bekerja dan membantu keluarga.

IKLAN

“Dalam satu hari, saya lakukan dua jensi kerja. Siang hari saya kerja di kilang ikan bilis dari jam 7 pagi hingga 5 petang dengan gaji RM15 sahaja. Malamnya, saya bekerja di kedai makan pula,” kata Bella yang berasal dari Tanjung Dawai, Kedah.

Sambung Bella lagi, memandangkan tidak mahu menyusahkan ibu dan bapanya kerana kesusahan hidup, Bella berkahwin pada usia muda dan kebetulan sudah sampai jodohnya.

“Saya berkahwin pada tahun 2012. Sebab utama saya kahwin awal kerana sudah jodoh, satu lagi supaya suami dapat tanggung saya dan tidak mahu membebankan keluarga. Lagipun perkenalan dengan suami tidak lama dan dia terus menyuarakan hasrat hati untuk berkahwin dengan saya,” katanya yang berkahwin pada usia 20 tahun.

Dua Jam Solek Dengan Upah RM60, Permulaan Bella Dalam Dunia Kecantikan

IKLAN

Jual Karipap & Belajar Solekan

Selepas berkahwin, Bella tinggal bersama mertua. Memikirkan tidak lakukan apa-apa Bella cuba belajar membuat karipap, cucur badak kuih keria daripada mertua untuk diletakkan di kedai-kedai makan berhampiran rumah.

“Pada masa yang sama, suami akan turut membantu kerana mendapat permintaan daripada penduduk kampung. Semua itu berlarutan sehingga tahun 2013. Pernah, saya berfikir dan bertanya kepada suami, sampai bilakah saya harus menjual karipap?,” kata Bella yang pekat dengan loghat Kedahnya.

Semasa hamil anak pertama pada tahun 2013, selain membuat karipap pada sebelah malam dan pagi, sebelah petangnya Bella akan menghabiskan masa dengan belajar solekan di media sosial dengan menggunakan alat solek yang ada sahaja.

IKLAN

Ada Pertikai

Walaupun nama Bella mula disebut-sebut dan mempunyai pengikut yang semakin ramai, ada juga yang mempertikaikan apa yang dilakukan oleh Bella kerana dia tidak mempunyai sebarang sijil kemahiran untuk mengajar solekan.

“Tidak dinafikan, ada yang mempertikaikan kebolehan saya, tetapi pada saya, apa yang diajarkan itu adalah yang basic dan mengajar pada mereka yang ingin belajar cara solekan ringkas

“Pada masa yang sama, saya mula memperkenalkan makeupbybella. Banyak nama besar dalam media sosial yang membantu menviralkan hasil solekan saya. Daripada 11 orang pengikut menjadi 32k pengikut,” katanya yang turut mendapat jemputan untuk solekan dalam majalah dan mekap untuk selebriti serta mengajar kelas mekap dengan jumlah 200 orang setiap satu sessi,” katanya yang pekat dengan lograt Kedah.

Tambah Bella, apa yang diperoleh ini adalah rezeki untuk suami dan anak-anaknya. Bagi perancangan akan datang, Bella ingin tembus pasaran di Dubai dan setakat ini, Bella masih lai tinggal di Kedah dan akan berulang alik ke Kuala Lumpur untuk urusan perniagaan.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI