Umur 55 Rambut Takde Uban, DAUN KARI Rahsia Rambut Berkilat Hitam

Ramai juga berdepan masalah uban dalam usia muda ini. Baru 30-an tapi rambut dan mula tumbuh uban. Berbeza dengan wanita yang dipanggil Cik Pah oleh pengasas jamu Suzy Honey Herbs, Suzima Hazish ini.

Umurnya sudah mencecah 55 tahun, tapi sehelai ubat pun tak ada dekat rambutnya. Cik Pah yang pernah mengusahakan salon rambut ini rupanya, gunakan petua turun temurun daripada keluarganya.

Kisah Cik Pah Rambut Hitam Berkilat, Takde Uban

Wow, berkilat rambut Cik Pah ! Panjang lebat dan takde uban. Camne Cik Pah jaga ?Rambut pun tak makan usia ya? ” saya bertanya terkejut melihat rambut wanita yang berusia nak masuk usia 55tahun yang saya panggil Cik Pah.

Kami saling mengenali sudah lama.Dulu Cik Pah ini pernah membuka saloon rambut di sekitar Kuantan pada awal tahun 90an. Akhirnya Cik Pah tutup perniagaannya sebab suaminya sakit . Cik Pah menjaga suami dan terpaksa ulang alik ke hospital.

Baru-baru ini saya terjumpa Cik Pah semasa kenduri di rumah kawan. Kebetulan Cik Pah mengambil wuduk. Sempat mata saya menjeling melihat rambut Cik Pah ketika membuka tudungnya. Macam rambut orang muda. Takde uban berkilat hitam yang pasti bukan kaler rambut. Asli hitam. Jelesss ah.

IKLAN
Umur 55 Rambut Takde Uban, DAUN KARI Rahsia Rambut Berkilat Hitam

Petua Turun Temurun, Rambut Hitam Berkilat

“Cik Pah rupanya ada resepi turun temurun yang di amalkan olehnya sekeluarga. Apa lagi, bila balik rumah saya terus mencuba resepi ini.”

Bahan-bahan:
3 tangkai Daun kari. Ambik daun sahaja
3 sudu besar plain yogurt.

IKLAN
Umur 55 Rambut Takde Uban, DAUN KARI Rahsia Rambut Berkilat Hitam

Caranya,
Blenderkan keduanya sampai sebati.
Kemudian sapukan pada kulit kepala dan rambut dengan urutan yang lembut.
Biarkan selama 30 minit . Barulah di bilas basuh dengan syampu sehingga bersih.

Amalkan seminggu 1 kali.

IKLAN
Umur 55 Rambut Takde Uban, DAUN KARI Rahsia Rambut Berkilat Hitam

Merujuk kajian dari India yang dilaporkan kepada Journal of Pharmacognosy and Phytochemistry, daun kari membantu mencegah uban rambut pra-matang dan hasilnya rambut masih kekal warna hitam, lebat dan berkilat dengan kandungan Vitamin B dalam daun kari.

MW : Lepas ini bolehlah cari daun kari untuk rawat rambut. Tak sangka banyak manfaatnya daun kari ini selain jadi bahan masakan.

Baca sini :

Sumber/Foto : SuzyHoney, Wah…saya memang peminat kari pun.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI