Selebriti

Umur 40 Tahun, Fathia Latiff Dah Berhenti Fikir Soal Kahwin!

Share

Lama tidak melihat kelibat pelakon, Fathia Latiff di kaca Tv dan baru-baru ini dia ada berkongsi pendapat peribadinya mengenai jodoh apabila mengakui lebih memilih untuk mencari kebahagiaan berbanding memikirkan soal perkahwinan.

Umur 40 Tahun

Katanya menerusi hantaran di Threads, apabila seseorang menghampiri usia 40 tahun, individu itu tidak seharusnya terlalu tertekan memikirkan soal jodoh, sebaliknya
memberi ruang untuk menikmati kehidupan dengan cara tersendiri.

“Bagi saya bila hampir nak dekat usia 40, saya dah stop fikir pasal kahwin.. melainkan awak masih rasa diri hot. Masih ada harapan lagi.

“Tapi kalau dah rupa tu nak sama dengan kipas dekat rumah you, hentikan lah harapan itu… cuba cari happiness dari arah yang lain pula, sebab It’s not end of the world yet,” katanya.

Fathia Latiff Dah Berhenti Fikir Soal Kahwin!

Dalam hantaran sama, Fathia mengakui, setiap individu berhak menentukan kebahagiaan masing-masing tanpa perlu menjadikan perkahwinan sebagai satu- satunya matlamat dalam kehidupan terutamanya bagi mereka yang masih solo.

Sebelum ini, Fathia turut meluahkan rasa sedih terhadap perubahan wajah dan penampilannya. Dia mengakui pernah menjalani rawatan filler dan menyesali keputusan tersebut kerana merasakan ia menjejaskan keyakinan dirinya. Pada masa yang sama, dia sering menerima komen negatif daripada netizen mengenai penampilannya.

 

Fathia Latiff kini dilihat lebih fokus kepada pemulihan diri, perniagaan dan kehidupan yang lebih tenang berbanding mengejar populariti seperti ketika era kegemilangannya menerusi drama Nur Kasih dan Ariana Rose.

Thread: Fatiya Latiff

 

 

Published by
Nadia Mohamad