Seorang suri rumah didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan pemerasan dengan mengugut untuk menyebarkan gambar lucah seorang lelaki di Pulau Pinang pada Jun lalu.
Tertuduh, Nur Husna Noor Baharuddin, 33, turut diarah menjalani hukuman penjara selama 10 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi.
Berdasarkan pertuduhan, Nur Husna didakwa melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki berusia 28 tahun dengan mendatangkan ketakutan sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah RM3,750.
Kesalahan itu dilakukan pada jam 3.30 pagi di sebuah rumah di Lintang Kampung Rawa 1 di sini pada 14 Jun lalu. Tertuduh melakukan perbuatan ugut sebar gambar lucah lelaki di Pulau Pinang selepas mangsa enggan memenuhi permintaannya.
Nur Husna didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Danial Amir Saad, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira kesan perbuatan tertuduh terhadap mangsa.
Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Farah Hamizah Hasan Gani, bagaimanapun memohon hukuman denda minimum terhadap anak guamnya dengan alasan tertuduh mempunyai enam anak, termasuk seorang bayi berusia enam bulan dan seorang anak autisme berumur dua tahun.
Mengikut fakta kes, pengadu berkenalan dengan tertuduh melalui Facebook pada 12 Jun lalu kira-kira jam 1.47 pagi sebelum wanita itu menawarkan untuk menghantar gambar dan video lucah miliknya.
Mangsa kemudian menerima kandungan lucah itu menerusi aplikasi WhatsApp. Namun, dua hari selepas itu, tertuduh mula mengugut mahu menyebarkan gambar lucah mangsa yang diperoleh melalui rakaman panggilan video sekiranya tidak diberikan wang berjumlah RM3,750.
Akibat bimbang gambar peribadinya tersebar, mangsa yang ketakutan membuat 10 transaksi pemindahan wang ke akaun tertuduh. Namun, wanita itu terus menuntut bayaran tambahan sebelum mangsa akhirnya tampil membuat laporan polis yang membawa kepada penangkapan tertuduh.
Kes ini sekali lagi mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan kenalan media sosial serta tidak mudah mempercayai individu yang baru dikenali secara dalam talian.
Sumber: Harian Metro dan Berita Harian
Artikel lain: Tragedi Menyedihkan: Pelajar SPM Meninggal Dunia di Kuala Klawang Disahkan Mati Mengejut
Empat Pelajar Dibuang Sekolah Serta-Merta, Kes Rogol Pelajar Tingkatan Tiga Di Melaka
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Tengok anak sendiri cantik bergaya, siapa tak cair? Kurung lembut & selesa ni buat si kecil nampak manis macam bidadari kecil,sesuai untuk majlis, raya atau kenduri.
Tengok anak sendiri cantik bergaya, siapa tak cair? Kurung lembut & selesa ni buat si kecil nampak manis macam bidadari kecil,sesuai untuk majlis, raya atau kenduri.