Tumbuk Dinding & Berak Di Bilik Air, 3 Remaja Malaysia Dicari Selepas Buat Hal Di Osaka

Share

PANAS, terbaru video remaja Malaysia bergaduh dengan pekerja penginapan Vitti Lodge & Family Apartment tular disehingga ramai netizen bengang dengan sikap memalukan salah seorang daripada 3 remaja yang sanggup tumbuk dinding dan berak di bilik air hanya disebabkan perasaan marah.

Lelaki yang bertikam mulut itu dikenali sebagai Ramadhan Sinclair merupakan juru gambar muda yang tersenarai sebagai 10 peserta terpilih ke pusingan akhir kategori juru foto termuda dunia Sony World Photography Awards.

Kes ini viral apabila pihak tertentu mencari 3 remaja ini untuk tuntutan atas kesalahan yang dibuat sebelum mereka bertiga meninggalkan sebuah hostel yang telah menolong mereka dengan membenarkan mereka tinggal secara percuma disebabkan kes tertinggal kapal terbang dan tiada duit untuk membeli tiket baru dan menyewa penginapan.

Ini merupakan Post/Kenyataan rasmi dari Wan Iskandar (mewakili admin group Road To Japan, bersama pihak VITTI OSAKA).

Assalamualaikum dan Selamat Malam. Saya post berpandukan khidmat nasihat peguam saya dan ditranslatekan ke dalam Bahasa Melayu.

Kami mencari 3 orang Suspect dari Malaysia, ataupun waris kepada mereka untuk membuat tuntutan. Tuntutan oleh anak guam saya di atas kesalahan dibawah yang dilakukan di premis penginapan mereka di Jepun;

1. Melakukan kerosakan ke atas dinding premis. (kerugian 130,000 yen)
2. Melakukan kerosakan ke atas Bilik Mandi premis. (Berak di bilik air) (kerugian masih dikira)


3. Melakukan kerosakan ke atas perabot premis (kerugian masih dikira)
4. Melakukan penipuan terhadap tiket kapal terbang. kes tertinggal kapal terbang
5. Melakukan keganasan/assault/violence (bouryoku, 暴力) terhadap staff premis (kesalahan violence di Jepun mempunyai istilah khas dan akan disabitkan kesalahan secara serious bergantung pada kecederaan)

Kami mencari mereka atau waris kepada mereka. Pihak tertuduh, waris kepada pihak tertuduh boleh menghubungi kepada pihak (anak guam kami) ini untuk menyelesaikan kes. mahupun orang ramai yang mengenali tertuduh boleh menghubungi pihak ini jika terdapat secara maklumat.

Hubungi – Vitti Lodge & Family Apartment

Pos ini bertujuan untuk mencari mereka, menyelesaikan masalah ini dan membuat tuntutan. Penjelasan lanjut akan diberikan pada post seterusnya

Updated: Tertuduh telah meninggalkan lapangan terbang Kansai International Airport sebentar tadi.

Updated 2: Kapal Terbang tertuduh dijangkan akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA 2 pada jam 12 tengah mala mini (anggaran)

Updated 3: Salah seorang waris kepada tertuduh telah menghubungi kami

Updated 4: Pihak Polis Jepun sudah diberitahu, akan datang, dan Report polis rasmi akan dilakukan dan penyiasatan

Updated 5: Pihak media Jepun juga sudah dimaklumkan

 

IKLAN