Tular video pelajar dihayun alat sulit ke tiang papan tanda – “Bergurau melampau juga satu bentuk buli” – Dr Asyraf Wajdi. Polis digesa mengambil tindakan segera terhadap sekumpulan pelajar sebuah institusi pengajian yang melakukan gurauan keterlaluan terhadap rakan mereka sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, tindakan bergurau secara melampau juga termasuk dalam kategori buli yang tidak boleh dibiarkan berleluasa.
Menurut beliau, kesemua individu terlibat mesti dihadapkan ke muka pengadilan supaya menjadi iktibar kepada pelajar lain.
“Harap pihak polis dapat segera bertindak. Perbuatan seperti ini tidak boleh sesekali dikompromikan atau didiamkan atas alasan gurauan.
“Apakah kita hendak menunggu sehingga kecederaan kekal mahupun kematian baru hendak bertindak?” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Dalam perkongsian sama, Asyraf turut memuat naik sebuah video yang memaparkan lima pelajar memegang tangan serta kaki seorang pelajar lain sebelum sengaja ‘menghayunkan’ bahagian kelangkangnya ke tiang papan tanda.
Lebih menyedihkan, kejadian itu disaksikan oleh sekumpulan pelajar lain yang hanya ketawa selepas perbuatan tersebut dilakukan tanpa cuba menghalang.
Sumber: Sinar Harian dan Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Baca artikel lain juga: Pelajar Tingkatan 3 Kritikal, Disyaki Mangsa Buli Di Asrama
Dipukul, Ditendang, Dihentak Kepala, Murid Kanser Hidung Alami Gegaran Otak Akibat Dibuli
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE