Tukang Jahit Ni Ajar Cara Mudah Nak Tebuk Lubang Langsir, Tak Perlu Hantar Kedai Lagi

Share

Nak jahit langsir ni mudah je sebenarnya. Lebih-lebih lagi kalau nak buat langsir yang asas, jenis jahit lurus bahagian kiri dan kanan. Namun part yang agak ‘mencabar’ bagi langsir jenis moden adalah bahagian nak tebuk lubang-lubang pada langsir. Ramai yang lebih suka hantar je kat kedai jahit untuk buat lubang langsir ni.

Namun, perkongsian wanita ini yang juga merupakan seorang tukang jahit, menunjukkan cara mudah bagi nak tebuk lubang pada langsir. Langsir lama yang menggunakan dawai mahupun cangkuk juga boleh di olah dah ditebuk dengan cara ini. Yang penting ‘rail’ langsir juga perlu ditukar terlebih dahulu.

Bahan-Bahan:

Pen Marker, Gunting, Pembaris, Pensel/kapur penanda, Ring langsir dan Kain langsir

Cara Membuat:

1.Letak ring dan ukur bagi anggaran sama rata. Untuk bidang 60 boleh letak 8 keping.

 

2.Bulat/tandakan dengan Pen Marker.

3.Pastu tandakan garis putus-putus tepi bahagian yang dibulatkan tadi 1/4 inci.

4.Guntingkan garisan putus-putus tersebut.

5.Belah ring guna pisau lama yang tak tajam.

6.Letak bahagian tajam diatas dan sebelah bahagian lagi letak bahagian bawah langsir (seperti dalam gambar).

7.Tekan dan ratakan sekeliling ring tersebut. Siap!

Info Ekstra: Tingkap 3 panel memerlukan 3 keping kain bidang 60inci. 1 1/2 keping kain setiap sebelah tingkap. Ukuran lebar dan ketinggian langsir sangat penting agar langsir  dapat tergantung dengan cantik.

Kredit: Dura Good Tailor

IKLAN