Penjagaan Diri

Trend Menolak Tua, Wanita Umur Dah 40an Tapi Kulit Tiada Jeragat & Parut Jerawat!

Share

Tahu tak macam mana nak menolak tua apabila masuk umur 40an? Bukan dengan memakai mekap tebal untuk menutup cela di wajah tetapi amalkan rutin yang betul dan selamat.

Bukan mudah nak kekalkan awet muda tetapi kalau anda jenis rajin pakai set penjagaan wajah, mesti dapat hasilnya!

Trend Menolak Tua

Ya, garis halus mungkin ada tetapi akan kurang dan kulit Nampak glowing bila bangun tidur.

Rahsianya kena mula jaga kulit dari umur 20-an, nak patah balik memang tak dapat tetapi masih boleh bertenang dengan tidak skip rutin sebelum tidur.

Tidak perlu habiskan beribu duit pun, cari produk yang sesuai dulu. Kemudian barulah boleh bawa wajah tanpa mekap keluar dari rumah dengan lebih yakin.

Wanita Umur Dah 40an Tapi Kulit Tiada Jeragat & Parut Jerawat!

Anda jangan kata masih okay sebab kesan pada kulit biasanya ambil masa juga. Sekurang-kurangnya di rumah anda ada beberapa produk muka ini.

Sunscreen – Pakai setiap pagi walau duduk dalam rumah.

Pelembap – Boleh pakai ikut jenis kulit sama ada kulit berminya atau kering.

Pencuci Muka

– Cari yang jenis susu jika kulit kering dan jenis berbuih jika kulit anda berminyak.

Retinol – Bahan ini boleh pakai untuk kekalkan awet muda tetapi pastikan yang asas tadi sudah lengkap dipakai.

Eye cream – Untuk mata panda dan garis halus.

Biasanya ramai anak gadis kurang kesedaran bab jaga kulit. Jadi sebagai mak-mak prihatin, anda boleh kongsi info ini kepada mereka.

Jangan tunggu lagi. Ingat, kulit kita ini satu pelaburan jangka panjang. Malam ini, sila mulakan dengan mencuci muka, sapu toner jika ada dan kemudian sapu pelembap serta serum. Boleh tidur!

Gambar: Melodisa

Published by
Nadia