“Tujuh tahun lalu saya kehilangan anak sulung lelaki akibat nahas jalan raya dan kali ini insiden yang sama turut menimpa anak bongsu saya.”
Itu luahan Jamaludin Hussin,53, bapa kepada salah seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) dungun yang maut dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu oleh seorang Wanita, malam tadi.
Jamaludin Hussin
Lebih memilukan apabila kedua-dua anak lelakinya itu meninggal dunia pada bulan serta masa yang lebih kurang sama.
Jamaludin berkata anak sulungnya itu dijemput Ilahi pada 3 Oktober 2017 dalam kemalangan jalan raya di Senawang, Negeri Sembilan.
Katanya lagi, semalam anak bongsunya, Khairil Anwar, 20, pula meninggalkan mereka dalam keadaan yang sama.
Menurut Jamaludin dia menerima khabar hiba yang menimpa Khairil Anwar Jamaludin itu kira-kira jam 9 malam tadi dan bergegas ke Dungun, dari Ukay Perdana, dan tiba jam 3.30 pagi.
“Allahyarham abang dia pun meninggal juga kemalangankira-kira tujuh tahun lepas pada bulan yang sama, cuma tarikh saja lain. Ketika yang saya terima telefon… waktu (lebih kurang sama) saya terima berita kematian (abang) dia. Kini saya tiada lagi anak lelaki.
“Saya tak sangka kejadian ini berulang lagi dengan kehilangan dua anak lelaki akibatkemalangan pada bulan yang sama,” katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Dungun di sini hari ini.
Jamaludin berkata, kali terakhir dia dan isteri, Norma Mohammed Nor,52, bertemu dengan anak bongsu daripada lima beradik itu pada 6 Oktober lalu ketika menghantarnya ke Dungun untuk memulakan semester baharu.
Jenazah Khairil Anwar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.
Dalam kejadian malam tadi, tiga pelajar UiTM Dungun maut manakala seorang lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan di hadapan universiti berkenaan.
Dalam kemalangan kira-kira jam 7.20 malam itu turut mengorbankan penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakauanan, Ku Adib Aizab Ku Azmi, 20 dan Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan.
Manakala rakan mereka, Mohd Ammar Danish Mohd Ridhuan, 20, cedera parah.
Sementara itu, suri rumah dipercayai mengalami kecelaruan mental yang merempuh dua motosikal meragut nyawa tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun direman empat hari sehingga Ahad ini.
Perintah reman terhadap suspek berusia 49 tahun itu dibenarkan Majistret Nur Amira Fatihah Osman di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Ads
Tiga pelajar UiTM Dungun maut, manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh kenderaan Honda SUV dipandu suspek.
Shakila saman bekas mentua kali kedua, “mak saya gadai emas bayar peguam, tiada kaitan bantuan Mufti Perlis. Bekas ratu cantik, Shakila Saiful menghantar surat saman kali kedua buat bekas bapa mentuanya, Ustaz Engku Ahmad Fadzil yang juga Tokoh ASWAJA ekoran difitnah menggunakan bantuan dari Mufti Perlis pada saman kali pertama dia memenangi kes fitnah terhadap bekas bapa mentuanya itu.
Menurut pelakon yang pernah menggugurkan kandungan kembar luar nikahnya selepas diyakinkan bahawa Islam membenarkan pengguguran, mengakui begitu terkilan apabila dikaitkan dengan Mufti Perlis yang didakwa telah membiayai kos peguamnya, Faizal Rahman yang mewakili dirinya dalam saman fitnah yang dikemukakan oleh Engku Fadzil terhadapnya sebelum ini.
Dalam satu kenyataan kepada Mingguan Wanita, Shakila Saiful memaklumkan, “ekoran hantaran Facebook Ustaz Engku Ahmad Fadzil meminta derma untuk rayuan, peguam saya telah pun mengeluarkan LOD bagi pihak saya terhadap Engku Fadzil atas cerita “Mufti Perlis membiayai peguam Shakila melalui dana peribadi dan/atau dana zakat” kerana ia merupakan satu tohmahan jahat dan fitnah beliau. LOD tersebut telahpun diterima dan ditandatangani oleh pihak beliau pagi tadi.
Jelasnya yang pernah melalui detik terburuk dalam kehidupan di mana dirinya bukan saja pernah diminta menggugurkan kandungan tetapi juga kandungannya gugur semasa dalam perkahwinan.
“Bila saya baca kenyataan dikeluarkan di facebooknya, jujurnya saya terkejut dan terkilan. Bagi saya kalau nak minta sedekah dari orang ramai untuk membiayai kekalahannya dalam saman sebelum ini iaitu RM105,000, saya tak kisah, tak ada masalah. Tapi tak perlu fitnah saya lagi dengan mengaitkan dengan Mufti Perlis.
“Bagi saya dia memuat naik satu kenyataan tak benar sama sekali. Saya dan mak sangat kecewa dengan kenyataan disiarkannya. Kami menggadai emas untuk biayai kos peguam. Selepas Engku memuat naik kenyataan minta bantuan orang ramai selepas kalah saman itu, emak saya memberi komen di hantaran facebooknya tapi ianya telah di hidekan.
“Bagi saya, saya percaya bagaimana dia saman saya pada kali pertama di mana dirinya berfikir tindakannya betul. Tapi kali ini saya menyamannya kembali atas fitnah dia lakukan ini. Kata orang, what goes arround, comes arround.Kata orang kifarah. Peguam saya dah hantar surat tuntutan kepadanya atas saman fitnah ini. Cukuplah apa saya alami sebelum ini namun jangan sesekali memfitnah hal yang tak betul,”kata Shakila ketika dihubungi.
Fattah sering kongsi rindu anak & isteri, Pekin Ibrahim kongsi “bila masuk waktu dia minta nak solat terus. Sejak semalam kisah perceraian Fattah Amin dan Fazura menarik perhatian peminat dan orang ramai.
Ramai yang dilihat #gengfattah dan rata-rata bersimpati dengan nasib rumahtangganya yang dibina selama 7 tahun musnah selepas bekas isterinya, Nur Fazura memfailkan permohonan cerai.
Dihadapan wartawan semalam, Fazura berkongsi antara tiga sebab rumahtangga mereka runtuh kerana Fattah Amin gagal menunaikan nafkah, berlaku curang selain tiada persefahaman dalam rumahtangga. Bahkan isu pemberian kereta Range Roger, duit raya anak, rumah dan lain-lain lagi dikongsikan usahawan ini hingga ia mendatangkan simpati terhadap Fattah.
Semalam, pengarah yang juga pelakon Pekin Ibrahim turut berkongsi bahawa sepanjang mengenali Fattah dan menjalani penggambaran filem bersamanya, jelasnya menuduh Fattah ada perempuan lain adalah satu tuduhan agak berat.
“Sebagai kawan aku rasa tuduhan itu berat buat beliau, hanya apa yang mampu kita semua mintak supaya beliau tabah & kuat .
Dalam pada itu, dirinya berkongsi bahawa Fattah juga dilihat agak mengutamakan ibadah solat hingga masuk saja waktu, Fattah minta rehat seketika untuk bersolat.Jauh sekali dilihat menggatal atau bercerita hal wanita.
“Semasa penggambaran bersamanya, Fattah dilihat sering berkongsi perasaan rindu pada anak dan isterinya. Itu saja yang terkeluar dari mulutnya.
“Jauh sekali tuduhan dia ada wanita lain. Kami menjalani pengambaran lama, bersama pelakon dari indonesia. Tidak sekali pun saya nampak Fattah gatal atau bercerita hal wanita. Sampai waktu solat, hanya mintak rehat untuk tunaikan kewajipan.
Dalam pada itu, Pekin akui mengenali Fattah agak lama yang mana Fattah adalah rakan sekelas semasa di UUM dahulu.
“Mengenali Fattah Amin, teman sekelas saya di UUM. Saya pernah mengarah beliau di saat ramai kata dia pelakon kayu tapi dia buktikan dia boleh berlakon dengan baik. Ketika saat-saat rumahtangganya tengah bergolak saya & dia bersama lagi untuk sebuah filem.
“Latihan & pengambaran agak lama. Kami luang masa bersama. Tidak sekali pun dia tunjukkan masalah di wajahnya. Tidak sekalipun bercerita hal peribadi, hanya rindu anak & isteri yang sering sahaja terkeluar dari mulut beliau.
“Sebagai kawan aku rasa tuduhan itu berat buat beliau. Hanya apa yang mampu kita semua mintak supaya beliau tabah & kuat. Sedih dengar hal-hal cerai ni. Mintak jauh hal-hal macam ni. Tapi aku team Fattah. Korang? soalnya yang mana perkongsiannya mendapat perhatian ramai.
Nabila Razali Hamil Anak Sulung. Terbaru penyanyi dan pelakon yang sudah setahun melayari bahtera perkahwinan, Nabila Razali mengumumkan sedang hamil anak sulung.
Malah Nabila juga berkongsi dirinya dijangka bersalin pada Januari tahun depan. Terdahulu, Nabila dan suami selamat melangsungkan perkahwinan pada 18 November tahun lalu.
Pemilik nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali meluahkan rasa syukur dan teruja atas anugerah yang diterima bersama suaminya, Nik Iruwan Nik Izani, 39.
“Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur dengan rezeki ini. Terima kasih atas doa dan sokongan semua.
“Ini adalah saat yang sangat membahagiakan buat kami, dan kami tidak sabar untuk berkongsi perjalanan ini dengan semua yang sudah menyokong kerjaya dan kehidupan saya,” kogsi Nabila.
Menurutnya yang popular menerusi lagu Tangis, kerjaya seni masih diteruskan dengan pelbagai perancangan menarik yang sudah dirangka.
“Tidak dinafikan sekarang ini cepat penat dan lebih banyak berehat. Sebab sebelum ini bila bekerja, memang susah nak berhenti. Sekarang adalah waktu yang kita rasa nak tidur saja.
“Namun, saya masih komited dalam bidang seni terutama beberapa kerja yang sudah dirancang lebih awal. Apa pun, saya cuba untuk buat dengan sehabis baik,” sambung Nabila.
Nabila berkata, dengan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan, dan peminat setia, dia yakin fasa ini akan menjadi satu lagi bab indah dalam kehidupannya.
“Fasa ini sebagai titik permulaan dengan kesyukuran dan kegembiraan, di mana setiap detiknya menjadi satu pengalaman berharga yang pasti akan diabadikan dalam memori kehidupan sebagai satu bab yang penuh keindahan dan pengisian makna.
“Saya percaya bahawa fasa baharu ini juga menjadi sebuah cerita indah buat saya dan suami. Doakan semoga perjalanan kehamilan saya ini dipermudahkan sehingga bersalin nanti,” kata Nabila.
Berkongsi mengenai keadaan dirinya sepanjang kehamilan ini, Nabila berkata tiada perubahan ketara melainkan selera makan yang kian bertambah.
“Alhamdulillah, saya tidak ada apa-apa keinginan yang melampau dan alahan yang teruk. Hanya yang biasa saja. Kalau ada pun perubahan dari segi tenaga. Tapi, bagi saya ia mungkin perkara biasa bagi wanita hamil.
“Perkara lain, tentulah banyak makan. Selera makan saya bertambah-tambah. Apa pun, saya mahu nikmati saja perjalanan sepanjang kehamilan ini,” luahnya.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Cukup menyayat hati kemalangan tragis antara dua buah kereta yang berlaku semalam, dua maut manakala empat lagi cedera yang melibatkan Proton Saga dan Nissan Sentra.