Berita

Tragedi Kemalangan Libatkan 4 Beradik Kandung Ke Sekolah, Sebelah Kaki Mas Siti Terpaksa Dipotong

Share

Tragedi kemalangan libatkan 4 beradik kandung ke sekolah, sebelah kaki Mas Siti terpaksa dipotong. Seorang ibu harus menerima takdir yang telah tertulis buat anak perempuannya, Mas Siti Rosnani Rosli, 7 yang kehilangan sebelah kaki selepas terlepas terlihat nahas ngeri bersama tiga saudara kandungnya semalam.

Kaki  kanan Mas Siti Rosnani Rosli, 7 tahun terpaksa dipotong sehingga paras peha bagi mengelak komplikasi lebih serius selepas berlaku pembekuan darah selain tisu serta isi daging pada bahagian berkenaan sudah mati.

Tragedi Kemalangan Libatkan 4 Beradik Kandung Ke Sekolah

Tragedi Kemalangan Libatkan 4 Beradik Kandung Ke Sekolah

Bapa saudaranya, Nadzri Abdullah, 51, berkata, Mas Siti Rosnani Rosli selesai menjalani pembedahan itu di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian pada Selasa dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan di mana doktor terpaksa melakukan pembedahan  bagi mengelakkan komplikasi lebih serius terhadap kanak-kanak ini yang terlibat  nahas bersama tiga abangnya di Kilometer 51.4 Jalan Kota Bharu–Kuala Krai di Kampung Pek, Machang ketika dalam perjalanan ke sekolah pagi semalam.

Semalam media melaporkan ibu kepada empat beranak ini pengsan berkali-kali selepas mengetahui keempat-empat anaknya yang menunggang motosikal C100 terlibat kemalangan dengan sebuah kereta Honda Jazz dipandu seorang guru berusia 39 tahun.

Dalam nahas ngeri itu, Muhammad Muskir,14, yang hancur tulang kedua-dua belah pahanya dijadualkan memasang besi di kedua kakinya. Dua lagi adik-adiknya  Muhamad Hakikat Abdul Rahman, 9,  patah paha kanan dan Muhammad Zulhaqif Muhamad Zulkifli, 12, patah paha kanan serta pecah gusi namun keadaan mereka dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di HSIP,” katanya.

Sementara itu, Nadzri berharap orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai keadaan mangsa yang kini sedang dirawat di hospital.

“Saya harap semua pihak dapat mendoakan kesembuhan mereka,” katanya.

Published by
Almaswa Haji Che Ros