Tisu bahu koyak, muntah banyak kali, Hospital Istanbul maklum keadaan Ardell lemah. Pelakon Nadzmi Adhwa menerusi siaran langsung di media sosial berkongsi perkembangan terbaharu mengenai isterinya, Ardell Aryana, yang kini dirawat di sebuah hospital di Istanbul.
Tisu Bahu Koyak, Muntah Banyak Kali
Menurut Nadzmi, pihak hospital memaklumkan bahawa keadaan Ardell bukan sekadar mengalami tekanan darah rendah seperti yang dilaporkan sebelum ini, tetapi lebih serius daripada itu.
Hospital Istanbul Maklum Keadaan Ardell Lemah
“Saya menerima panggilan daripada hospital di Istanbul. Mereka beritahu keadaan Ardell agak lemah selepas melalui tempoh tahanan di penjara tentera Israel beberapa hari lalu,” katanya.
View on Threads
Jelas Nadzmi lagi, hasil pemeriksaan mendapati tisu bahu isterinya terkoyak dan beliau turut beberapa kali mengalami muntah hingga menyebabkan keadaannya semakin lemah.
“Katanya, tisu bahu Ardell terkoyak, malah beberapa kali muntah hingga mengakibatkan keadaannya lemah,” ujarnya.
Perkongsian itu menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan orang ramai yang mengikuti perkembangan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF). Namun, dalam masa yang sama, ramai mendoakan agar Ardell segera pulih dan diberikan kekuatan untuk kembali ke pangkuan keluarga tercinta.
“Segala puji bagi allah atas anugerah ini. Doakan saya & baby sihat selalu” kongsi Neera Azizi. Tahniah diucapkan buat pelakon dan penyampai radio, Neera Azizi yang berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan bahawa dirinya kini sedang hamil anak sulung.
Berita gembira itu dikongsi menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, yang memperlihatkan gambar imbasan kehamilan serta buku rekod kesihatan ibu mengandung.
Malah Neera juga memberitahu dirinya sangat bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah dan memaklumkan bahawa kandungannya kini sudah memasuki usia 13 minggu.
“Segala puji bagi Allah atas anugerah ini. Doakan saya dan baby sihat selalu,” coretnya.
Neera mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Hafizi Mohd Noor pada 11 Julai lalu dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Subang Jaya, Selangor.
Menerusi ruangan komen pengikut Neera mengucapkan tahniah dan berharap semoga dipermudahkan dirinya sepanjang kehamilan dan proses bersalin kelak.
“MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah. Kita dah dapat agak dah, haritu nampak dekat basement parking. Nampak berseri2 mommy. Jaga diriiii semoga dipermudahkan urusan” nfhrahim
“Alhamdulillah tahniah . Doakan sy ttc🥹sedangkan batch sy semua dah pregnant & ada yg dh bersalin . Moga bayi & akak neera sentiasa sihat2 ja , dipermudahkan pregnancy & bersalin” oktaq
Muncul dengan wajah tenang namun jelas menyembunyikan rasa gundah, pelakon Kamal Adli tiba di perkarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur sekitar pukul 9.45 pagi, hari ini.
Kehadirannya bukan untuk menamatkan ikatan, sebaliknya untuk mempertahankan rumah tangga empat tahun yang dibina bersama isterinya, pelakon popular Uqasha Senrose.
Mengakui tidak menyangka perkahwinan yang selama ini disulam bahagia akhirnya diuji, Kamal berkata meskipun Uqasha berhasrat untuk bercerai, dia tetap memilih untuk berpegang pada janji dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.
“Macam hari itu, saya tak dapat datang ke mahkamah sebab ada sedikit masalah, kerja tak dapat dielakkan.
Jadi hari ini saya datang untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami, seorang ayah.
Insya-Allah, saya doa yang baik-baik saja. Saya gementar sebenarnya, sebab tak pernah sampai ke tempat macam ini. Hal ini sangat tak menyeronokkan untuk saya.
Saya tak gembira pun untuk sampai sini… saya nak selamatkan rumah tangga saya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah.
Menurut Kamal lagi, komunikasi antara dirinya dan Uqasha kini hanya dilakukan melalui peguam, selepas pelakon wanita itu memutuskan hubungan secara peribadi sejak hujung September lalu.
“Saya dah kena block sejak 27 September… biasalah, perempuan merajuk.
Sekarang kami hanya berkomunikasi menerusi peguam saja, semuanya melalui surat-menyurat,” ujarnya jujur.
Terdahulu, prosiding pertama perceraian pasangan itu yang dijadualkan pada 22 Oktober lalu terpaksa ditangguhkan berikutan ketiadaan pihak defendan yang ketika itu sedang menjalani penggambaran.
Difahamkan, hubungan mereka mula bergelora sejak April lalu, namun sumber terdekat menafikan wujudnya orang ketiga sebagai punca keretakan. Kini, Uqasha dilaporkan tidak lagi tinggal sebumbung dengan Kamal dan menetap bersama ibunya.
Sebelum ini, beberapa hantaran di media sosial milik Uqasha yang berbaur luahan hati turut mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet mengenai status hubungan mereka.
Untuk rekod, pasangan selebriti kesayangan ramai ini disatukan sebagai suami isteri pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini menjadi penyambung kasih di tengah badai rumah tangga mereka.
Uqasha Senrose meragui status perkahwinan dakwa tarikh nikah berbeza seperti dicatat dalam sijil nikah. Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Uqasha Senrose mendakwa berlaku kesilapan pada sijil nikahnya dan Kamal Adli.
Pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen mendakwa dirinya bernikah pada 5 November namun di dalam sijil tercatat 4 November 2021.
“Aku dinikahkan dan diakad atas pengetahuan aku pada 5 November 2021 pasa pukul 9 pagi.
“Tapi dalam sijil nikah, aku dinikahkan 4 November 2021 pada pukul 9:30 malam.
“Allahuakbar adakah sah perkahwinan ini? Cukupkah syarat sah perlahwinan?,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Pada masa yang sama Uqasha turut mendakwa dirinya diperbodohkan kerana pihak Kamal Adli dan keluarganya telah memanipulasi tarikh perkahwinan mereka.
“Selama ini aku diperbodohkan oleh seluruh keluarganya.
“Bapa aku juga dimanipulasi oleh si dia dan keluarga (Kamal) untuk kata sah sebab sudah ada wali?,” tulisnya.
Sebelum ini Uqasha telah hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Rabu ditemani peguam, Nurfarhana Abd Manap bagi prosiding perceraian yang difailkan pada 1 Oktober lalu.
Jelas Nurfarhana, perceraian difailkan susulan tiada persefahaman. Memandangkan Kamal Adli gagal menghadiri prosiding harinini, mahkamah menetapkan prosiding ditangguhkan pada 28 Oktober nanti.
Antara barangan yang terlibat ialah produk mandian dan penjagaan diri, termasuk satu unit Carrie Junior Hair and Body Wash, dua unit Selsun Shampoo 2-in-1, satu unit Lifebuoy Body Wash serta sehelai singlet jenama Byford.