“Tersangkut-Tersangkut Atau Merangkak, Tetap Kena Usaha Baca Al-Quran…” Ini Tip Ajak Anak Baca Sekali

Share

Sebenar tak susah nak dapat anak yang ‘ketagih’ baca Al Quran. Ada beberapa faktor yang menjadikan anak itu MUDAH untuk dididik cinta Al Quran. Mungkin proses untuk anak-anak mendalami dan mencintai Al Quran agak susah berbanding pembelajaran biasa, tetapi siapa yang tak mahu anaknya mempunyai kebolehan menghafaz Al Quran kan?

Kalau ikutkan tip saudara Ws Adli W Muhammad

, beliau ada kongsikan apa yang perlu mak ayah buat supaya mudah nak ajar anak SUKA baca dan hafaz al Quran, tambahan di bulan Ramadan yang mulia. Jom godek dulu…

Hidupkan budaya membaca al-Quran dalam kehidupan seharian. Tak kira siapa, minat kita terhadap membaca al-Quran sebenarnya amat tinggi.

Cuma, sifat malas tu lah kita kalahnya. Untuk itu kita ubah. Buang mana sifat dan sikap yang tak baik, kita ganti dengan yang baik-baik.

Tak kisah tahap mana bacaan kita. Tersangkut-tersangkut atau merangkak, kita tetap kena usaha untuk membacanya dan belajar.

Ajak anak-anak sekali mana yang ada anak. Biar satu rumah bergema dengan bacaan al-Quran.

Lebih baiknya, kita duduk bersama dan mendengar bacaan mereka, membetulkan bacaan serta turut bersama bertadarus.

Dapat habis satu hari satu muka surat pun dah kira satu kejayaan. Tahun depan tambah lagi muka suratnya di bulan ramadan.

Bulan-bulan lain, teruskan membacanya setiap hari. Tak putus, tak tinggal.

Sampai satu tahap, bila tak dapat mengaji kita akan rasa bersalah sangat, rasa rugi sangat. Sampai rasa nak minta Allah undurkan masa supaya kita boleh mengaji.

Ganjarannya usah dipersoal. Untung berlebih-lebih bila rajin mengaji. Insya-Allah, segala berkat, rahmat dan rezeki akan hadir tanpa disangka-sangka.

Nikmat luar biasa sedang menanti. Atas kita mahu atau tidak. Jawapannya sudah ada.

Apa yang penting, mak ayah perlu dulu perlu jatuh cinta dengan Al-Quran, baru mampu nak lahirkan anak PENCINTA AL QURAN.

IKLAN