nourul-depp-buang-rahim

Penyanyi, Nourul Depp berkongsi pengalaman tahun lalu, apabila dirinya terpaksa berdepan pembedahan mem buang rahim demi kesihatan diri.

Akuinya keputusan itu tidaklah mudah. Malah, perasaan takut tetap membayangi. Demi tidak mahu penyakit lebih serius datang dikemudian hari, dia terpaksa juga membuat keputusan yang berat itu.

Dan pesannya kepada para wanita mahupun lelaki di luar sana, agar lakukan pemeriksaan kesihatan setiap 12 bulan. Buat wanita lakukan lah ujian pap smear, manakala golongan lelaki buatlah ujian PSA (Prostate-Specific Antigen).

Terpaksa Buang Rahim, Ini Pesan Nourul Depp

Cerita setahun yang lalu…

Pantas masa berlalu. 7/9/2020 – terpaksa remove uterus (rahim) bila doktor terjumpa something yang boleh memudaratkan di masa yang akan datang

Apa yang kami nak cerita kat sini ialah :

  • DO MEDICAL CHECK UP EVERY 12 MONTHS
  • WOMEN : do pap smear
  • MEN : check your PSA LEVEL

Early detection can save lives.

MasyaAllah tabarakallah. Alhamdulillah. Allah permudahkan.

Takut? Siapa tak takut nak bedah. Tapi lebih baik sakit sat dari sakit berpanjangan seperti penyakit cancer dan sebagainya.

Semua ni gambar 5,6,7hb september 2020. Takkan lupa perasaan bila doktor break the news.

Genetically kami memang jenih ada tumbuh-tumbuh ni. Memang dari belah arwah abah. Sebab tu jaga diri and exercise gila-gila.

IKLAN
  • 30% adalah gene kita
  • 70% adalah gaya hidup

Berpunca Daripada Stress

Kes kami berlaku sebab stress atas satu perkara berlaku November 2017 yang kami tak boleh terima. Simpan dalam diri bawak penyakit. Tercabar ego dan kebijaksanaan kami apabila ditipu RM85k oleh seorang Dato dan wanita untuk album bahasa perancis kami.

Jaga. Jangan stress selalu. Banyak tak baik stress ni. Especially membabitkan perasaan dan ego kita.

Sebelum pi bedah tu, kami kena buat training untuk #teamsocmed
Fokus semua ke situ. Tak terasa risau.

Baca juga : ‘Empat kali anugerah dekan’ Kata Nourul, Ayu anak yang baik.

Tetap Ada Perasaan Takut Jalani Pembedahan Buang Rahim

Alhamdulillah kami di bawah Dato Dr Aziz Yahya. Sangat-sangat bagus. Dia tanya apa decision kami bila dia bagitahu dalam jangkamasa panjang apa akan jadi pada kami.

Kami tak tunggu lama. Kami kata buang!!! Booked date teruih jalan!

Kami tak tunggu dah. Anak anak masih kecik. I have to live for them. Alhamdulillah allah perkenan kan Alhamdulillah

IKLAN

Itulah kisahnya. Kami cerita ni sebab ramai yang takut nak pi bedah bila kena bedah.

nourul-depp-buang-rahim

Takut tu sat ja. Dengan ubat doktor bagi tu, you akan lena. Best rasa. Dapat rest.Semua doktor adalah baguih dalam bidang depa. Depa nak selamatkan nyawa. So depa jaga kita sepanjang dibedah

Terima kasih buat @princecourtmc especially staff di wad 6D. Kepada @ctalyah dan team Dato Dr aziz. Jaga kami sepanjang 9 hari di hospital.

Bil hospital? Nasib baik ada #bupainsurance #insurance.
Beli insurans! Sangat-sangat penting.

Terima kasih keluarga dan sahabat yang mendoakan.

Beberapa tahun lalu, Nourul pernah menjalani pembedahan kecil bagi membuang ketulan pada peha kanannya.

IKLAN

Mingguan Wanita : Betul seperti apa yang disarankan Nourul. Pemeriksaan kesihatan ini amat penting bagi memastikan diri bebas dari penyakit memudaratkan yang kita tak sedar ada dalam diri.

Sumber/Foto : Nourul Depp

APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?

Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.

Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.

  • Rahsia mereka?
  • Apa yang mereka lakukan?
  • Ilmu-ilmu yang diamalkan?
  • Siapa yang susah senang bersama mereka?
  • Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?

Teringin ikut jejak mereka?

Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!

Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.

Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster

Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES