Dalam kehidupan seharian yang kita lalui bukan semuanya perjalanan yang tertulis dengan indah. Penuh onak dan duri yang perlu ditempuhi. Ada masanya diri rasa ditindas, teraniaya, maruah diri dipijak-pijak, hati luka disakiti.
Tak kiralah berpunca daripada pasangan, kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang bijak mengambil kesempatan menganiaya diri.Namun jangan bersedih, teruslah berdoa kerana ada jaminan doa orang yang teraniaya tiada penghalang dan antara doa yang dimakbulkan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak: Orang yang berpuasa hinggalah dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi.”(Hadis riwayat Tirmizi)
Sebagaimana dalam HR Bukhari (1395), Muslim (19) dalam hadis Ibnu Abbas radhiyallahu’anhuma ketika Mu’adz radhiyallahu’anhu diutus oleh Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam, beliau menasihatkan padanya:
“Takutlah kepada doa orang yang dizalimi kerana sesungguhnya tiada hijab atau penghalang di antara doa mereka dengan ALLAH SWT.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Ads
Minta Doa Mak Ayah
Selain itu antara golongan lain yang turut mustajab doanya adalah doa daripada mak ayah. Oleh itu, selain berdoa sendiri selagi mana mak ayah masih hidup, rebutlah peluang minta mereka mendoakan segala yang baik-baik buat kita.
Minta didoakan agar diberi keberkatan dalam kehidupan, dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah, diberikan kemudahan dalam mengatasi setiap kesusahan dan sebagainya. Perlu diingat doa mak ayah itulah juga menjadi asbab kejayaan kita selama ini.
Dari Abu Hurairah ra., ia berkata, Rasulullah SAW bersabda,
“Ada tiga doa mustajab yang tidak diragukan lagi, iaitu doa orang yang teraniaya, doa musafir, dan doa ibubapa untuk anaknya”.(Hadis Riwayat Tirmidzi)
Ads
Jika kita sebagai mak ayah pula, banyakkan berdoa untuk anak-anak. Jangan sekali-kali mengucapkan perkara yang tidak elok/kasar kepada anak-anak kerana setiap perkataan yang keluar dari mulut mak ayah itu adalah doa.
Perbanyakkanlah Berdoa Waktu Sujud
Akhir sekali, sebagai salah satu usaha, perbanyakkanlah berdoa dan meminta padaNya tidak mengira masa waktu sedih mahupun gembira. Sesungguhnya Allah sangat suka pada hamba-hambaNya yang ‘meminta-minta’ hanya padaNya tanpa rasa jemu dan putus asa.
Ads
Dari Abu Hurairah ra., bahwasanya Rasulullah SAW bersabda.
“Barangsiapa yang ingin doanya terkabul pada saat sedih dan susah, maka hendaklah memperbanyak berdoa pada saat lapang”.(Hadis Riwayat Tirmidzi & Al Hakim)
Bukan itu sahaja, dirikan solat dan banyakkan berdoa sewaktu bersujud kerana saat itulah keadaan yang paling dekat seorang hamba pada tuhannya. Segala rintihan, kesukaran dan keluh kesah mengadulah padaNya waktu ini, percayalah kesannya hati akan lebih tenang dan bahagia nanti.
Dari Abu Hurairah ra., meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Keadaan paling dekat seorang hamba dari rabbnya adalah ketika dia dalam keadaan sujud, maka perbanyakanlah berdoa (sewaktu sujud).”HR. Muslim No 1083.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat para pembaca mingguan wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu tertua di dunia. Dia pernah diberi gelaran ini kerana melahirkan bayi kembar ketika berusia 70 tahun. Tak dapat bayangkan bagaimana dia mampu uruskan anak-anak kecil dengan faktor usianya itu.
Kalau orang tak tahu, mesti akan beranggapan itu adalah cucunya. Sedih pun ada bila memikirkan dengan usia begini sepatutnya berehat, sebaliknya dia masih lagi huru hara uruskan anak yang tengah membesar untuk ke sekolah dan sehari-hari.
Pada tahun 2008, Omkari mengegarkan duni dengan melahirkan sepadang bayi kembar ketika berusia 70 tahun. Oleh kerana mahukan anak lelaki, dia hamil melalui proses IVF kerana Omkari dan suaminya Charan, berusia 89 tahun.
.
Keluarganya sanggup menjual kerbau dan sawah dan mengeluarkan duit tabungan, bahkan membuat pinjaman sehinggakan keputusan mereka untuk mempunyai anak di usia tua menimbulkan tanda tanya kerana faktor usianya.
“Aku ingin melahirkan anak lelaki seperti kebanyakan ibu yang lain. Tanpa ada anak lelaki, seoalh tiada makna dalam kehidupanku. Lagi pun, siapa yan akan mewarisi rumah ini jika aku tiada,” katanya.
Sayangnya, salah satu anak kembar perempuan, Basaat meninggal ketika berusia 4 tahun. Manakala lelaki kembarnya, Akashvani sihat dan telah pun bersekolah.
Sukar Jaga & Anak Makin Membesar
Seperti anak-anak lain, Akashvani sangat aktif, ini membuatkan Omkari yang sudah berusia agak susah untuk menjaganya
“Aku sukar untuk mandikan dia, masalah untuk memakaikan pakaian untuknya dan berlari sana sini ketika suapkan makan,” katanya.
.
Walaupun nampak sukar tapi dia gembira dan bahagia kerana dikurniakan seorang anak lelaki di usi tuanya. Kehadiran anak inilah menjadi dambaan buat keluarga. Sebelum ini, Omkari dan suami mempunyai dua orang anak perempuan yang berusia 50 tahun.
“Aku sangat bahagia menjadi ibu kepada anak yang berusia 6 tahun,” katanya.
.
Antara Omkari dan anak bongsunya itu umpama seperti nenek dan cucu Namun, dia tidak risau kalau ditakdirkan dia dan suaminya tiada kelak. Nenek kepada 5 orang cucu ini mengharapkan dua orang kakak perempuan Akashvani untuk menjaganya.
.
“Aku sangat berharap agar dipanjangkan umur dan mampu melihat dia kahwin kelak,” katanya.
Mingguan Wanita : Walaupun struggle tapi dia bahagia menjaga satu-satunya pewaris dalam keluarga.
Sungguh malang tidak berbau. Malam tadi viral rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang wanita dilanggar sebuah kereta yang memandu dalam keadaan melulu dan turut merempuh beberapa kenderaan lain. Video berdurasi 11 saat tersebut cukup menyayat hati kerana wanita tersebut berusaha mengelak daripada dilanggar pemandu ‘gila’ tersebut namun terus diseret dengan oleh kereta sejauh beberapa meter.
Terkini dilaporkan wanita tersebut telah meninggal dunia setelah alami cedera parah akibat dirempuh dan diseret sebuah kenderaan dalam kejadian langgar lari ketika melintas jalan di hadapan bangunan kedai di Shaftbury Cyberjaya di sini semalam.
Cedera Parah & Meninggal Dunia
Kejadian malang yang berlaku kira-kira pukul 7.34 malam itu menyebabkan mangsa Wan Amirah Wan Alias, 31, yang merupakan seorang Penolong Pengurus sebuah syarikat mengalami kecederaan parah dan dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya pada pukul 4 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, pihak polis bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat berhubung kemalangan melibatkan lima buah kenderaan dengan seorang mangsa wanita.
“Kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan jenis Hyundai dipandu lelaki tidak dikenali telah melanggar bahagian belakang sebuah kereta jenis Proton yang diparkir di sebelah kanan hadapan bangunan kedai tersebut.
“Selepas itu, pemandu kereta berkenaan telah menghala ke kiri dan melanggar tiga buah kenderaan lain yang diparkir di sebelah kiri jalan. Semasa mangsa sedang melintas jalan, dia telah dilanggar oleh kenderaan tersebut,” katanya.
Pemandu Langgar Lari
Menurut Abdul Aziz, mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dihantar ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia pada pukul 4 pagi tadi.
“Pemandu kenderaan tersebut bagaimanapun terus melarikan diri.
“Polis kini sedang giat mengesan pemilik dan pemandu kenderaan jenis Hyundai dengan nombor pendaftaran BHS 7999 tersebut untuk siasatan lanjut,” katanya.
Susulan itu pihak polis sedang berusaha mengesan pemilik dan pemandu kereta dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Rata-rata netizen menyelar tindakan pemandu kenderaan yang memandu secara melulu sebelum merempuh mangsa yang sedang melintas jalan, malah tidak bertanggungjawab dengan melarikan diri setelah melanggar wanita tersebut.
Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah buat keluarga mangsa atas ujian ini. Sungguh bahaya tidak dapat diduga meskipun telah berusaha untuk mengelak. Semoga pemandu ‘gila’ tersebut dapat diberkas segera dan dibawa ke muka pengadilan untuk mendapat hukuman yang setimpal.
Apabila berlakunya kematian, urusan pengebumian jenazah seharusnya disegerakan. Namun kerana tidak cukup wang, seorang lelaki terpaksa meninggalkan jenazah isterinya selama hampir 24 jam sebelum jasad wanita itu dikebumikan.
Jenazah Ditinggalkan Tempoh 24 Jam
Dalam tempoh itu, Dedy terpaksa meminta jirannya menjaga jenazah isterinya, Indah Kusaeni, 30, sementara dia keluar meminjam wang untuk urusan pengebumian.
Tribunnnews melaporkan ketika dia pulang dari kerja pada Ahad lalu, dia menemui isterinya sudah meninggal dunia.Wanita menderita penyakit berkaitan kelenjar limfa sejak beberapa tahun lalu.
Jiran lelaki itu, Damayanti berkata, jenazah wanita sudah dimandi dan dikafankan itu diletakkan di dalam bilik rumah berkenaan selama hampir 24 jam.
Dapatkan Ambulans
Katanya, wanita itu tidak dapat dikebumikan kerana menunggu Dedy mendapatkan ambulans untuk membawa jenazah ke tanah perkuburan.
“Isterinya meninggal dunia jam 3 petang dan dibawa ke Hospital Gatoel, jam 4 petang. Jenazah dibawa pulang ke rumah pada jam 1 pagi, Isnin lalu.
“Dedy kemudian keluar mencari kawasan perkuburan dari jam 2 pagi sehingga 9 pagi,” katanya.
Bagaimanapun, lelaki itu sekali lagi keluar untuk mencari ambulans.
Damayanti berkata, Dedy masih tidak pulang sehingga jam 11 pagi dan jiran kemudian mengambil keputusan menghubungi polis Mojokerto.
Mohon Maaf Tinggalkan Jenazah Isteri
Dedy memohon maaf kerana bukan sengaja mahu meninggalkan mayat isterinya, tetapi dia perlu mencari wang untuk urusan pengebumian.
“Saya mohon maaf, saya mencari kawasan kubur. Saya mahu minta bantuan ambulans untuk membawa jenazah isteri saya.
“Alhamdulillah, saya ‘dapat’ ambulans percuma dari Palang Merah Indonesia (PMI),” katanya
Dia mengakui tidak mempunyai wang yang cukup untuk menguruskan jenazah isterinya, apatah lagi membayar perkhidmatan ambulans.
“Saya tidak ada duit untuk membayar bil hospital dan berusaha untuk meminjam. Itu pun (bayaran hospital) belum selesai termasuk untuk kubur kerana ia perlu juga dibayar,” katanya.
Ketua Polis Kulon, M Sulkan berkata, jenazah wanita itu kemudian dibawa menggunakan ambulans PMI dan dikebumikan Tanah Perkuburan Kecamatan Gedeg Mojokerto.
KPM bertindak tempatkan Pengetua, HEM & Warden di JPN Negeri, susulan pelajar jatuh bangunan asrama. Isu seorang pelajar tingkatan tiga yang jatuh dari bangunan...