
Masalah normal kaum mak-mak bila nak kemas barang dapur, puas fikir nak simpan kuali, periuk belanga dan barang-barang sewaktu dengannya di tempat yang sesuai.
Ini disebabkan saiz kuali yang agak besar dan satu lagi kerana kuali ini barang yang di pakai setiap hari. Jadi tak boleh lah letak di tempat yang agak payah untuk di ambil.
Biasanya mak-mak memilih untuk letak bawah kabinet dapur dan ada juga yang menggantungnya dengan pelbagai cara. Apa sahaja cara yang digunakan tidak salah. Terpulang kepada ruang yang ada dan cara yang anda mahukan. Apa yang penting barang-barang ini tersimpan kemas dan rapi.
Tetapi kali ini nak bongkar cara gantung kuali yang dikongsikan oleh Puan Fadh Dilla Musa, lepas ini mak-mak yang suka masak lebih mudah nak ambil dan tempat pun strategik. Sedikit sembunyi dan pastinya nampak kemas.
Ikea hack by husband untuk gantung kuali-kuali saya.
Slider tu suami beli KOMPLEMENT dari ikea, tempat gantung dalam almari sebenarnya tapi suami cuma nak slide dia je. Penggantung boleh gantung guna paku je kat dinding.
Apa Yang Anda Perlu Untung Gantung Kuali
Lepas beli cangkuk biasa dekat Daiso. Boleh cari dekat DIY dan kedai RM2 jugak.
Total kos lebih kurang 60.
Konplement (lupa harga) rm30++
Cangkuk rm5.30 x 4 = rm21.20
A post shared by mrzaeim (@mrzaeim) on
Haaa… lepas ini bolehlah suruh suami cari barang-barang itu dulu. Nak lagi cepat, anda terus sediakan barang dan pujuk suami pasang. Senang!
Selamat mencuba!
Sumber Video: mrzaiem
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pesanan Buat Anak Muda, Jangan ‘Joli’ Duit Kerja, Tak Perlu Nak Kejar TRENDING, BRANDING!

Rezekilah buat anak muda, habis saja belajar terus saja dapat pekerjaan. Tapi jangan joli duit kerja, kononnya dah dapat pegang duit sendiri dan boleh beli sesuka hati.
Hakikatnya bila joli duit kerja, belum sampai hujung bulan dah tak tahu nak ‘korek’ kat mana dan mulalah berkira-kira nak berbelanja.
Ada pesanan buat anak muda terutamanya yang sudah masuk ke alam pekerjaan. Beringat-ingatlah bila dah dapat gaji, jangan joli duit kerja semata-mata nak ikut trending dan branding.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Risau TREND Orang Pergi UMRAH Sekarang, Sekadar Nak Buat Content Promosi Produk!
Ada Orang Sanggup BERHUTANG Sebab Ikut Trend dan Sekadar Suka-Suka!
Joli Duit Kerja Sampai Hutang Pula Bertimbun
Pesanan Untuk Anak Muda…
1. 4-5 tahun pertama berkerja, anda kena sanggup kerja keras lebih masa. Banyak benda & selok belok nak kena belajar terutamanya bab communication, team work, decision making & leadership. Jika anda kerja lebih masa, skil anda lebih cepat matang.
2. Jangan terlalu cepat joli duit kerja. Terlalu ramai anak muda yang berhuha huha during weekend dengan makan mewah, aktiviti outing yang memerlukan duit yang banyak. Bayangkan setiap kali weekend outing, anda belanja RM70, maka setiap bulan anda akan spend RM280 untuk aktiviti bergembira hujung minggu. Jika anda simpan duit ini, hujung tahun anda saving RM3360.
3. Tolak tepi konsep self reward!! Jangan terlalu cepat nak reward diri sendiri dengan hadiah mahal, dan pakej percutian atau travel obersi. Tundakan semua kehendak ini. Omputih panggil delayed gratification. Semua orang berjaya mengamalkan konsep delayed gratification.
4. Belajar jimat cermat ikat perut pada usia muda. Jangan kejar benda trending & branding. Sayangi duit anda !!!
5. Belajar displinkan diri untuk bina habit giler saving. Pastikan anda ada aim yang spesifik berapa saving tahunan. Nak saving 10K setahun? 20K setahun?
6. Jika gaji sedia ada tak cukup untuk anda kejar KPI saving tahunan, buatlah bisnes part time. Saya amat galakkan orang muda belajar buat bisnes dengan segera. Lagi cepat anda masuk dunia bisnes, lagi cepat skil buat duit anda matang.
7. Jadikan habit rajin membaca ilmu. Baca ilmu kewangan dan hartanah. Ilmu ini tidak diajar semasa kolej atau universiti. Anda boleh beli buku, boleh google, boleh tenguk youtube, atau follow sifoo-sifoo di FB ni.
8. Bina skil-skil baru dalam hidup. Fokus kepada skil yang boleh membantu kalian buat duit tambahan.
9. Pilih kawan!!! Anda kena berani cari kawan baru yang berfikiran sama dengan anda. Cari kawan yang sanggup kerja keras, rajin cari ilmu, rajin cari duit extra, berani buat bisnes di usia muda.
10. Cari mentor untuk anda dapatkan nasihat & bimbingan agar kurang tersilap langkah.
Saya sedih tenguk anak-anak muda terbabas joli duit, tersilap langkah ambil personal loan dan terlajak guna kad kredit sehingga hutang bertimbun.
Peganglah pepatah orang lama yang bijaksana.
Bersusah-susah dahulu.
Bersenang di kemudian hari.
Mingguan Wanita : Betul tu. Tak perlulah nak ikut trend sangat. Tak kan terikutlah benda-benda macam ni, ada saja yang baru. Simpan duit untuk kemudian hari.
Sumber: Bebas Hutang
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Derita Kepala Membesar Seberat 28Kg, Mohon Doakan BILAL, Penyakit Pada Tahap Akhir

Derita Kepala Membesar Seberat 28Kg, Doakan BILAL Penyakit Pada Tahap Akhir.Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.Bukan mudah menggalas tanggungajawab menjaga anak yang mengalami penyakit kronik, lebih-lebih lagi kini memasuki tahap akhir.
Penyakit Tahap Akhir
Berat derita ditanggung Mohammad Bilal Yusra Mohammad Azhar yang menghidap Alobar Holoprosencaphly iaitu kecacatan tempurung kepala berikutan penyakitnya semakin kronik.
Bapanya, Mohammad Azhar Arzemi, 30, berkata, penyakit anaknya yang berusia dua tahun dan mesra disapa Bilal berada pada tahap akhir dan kepalanya juga semakin membesar dengan kini mencapai berat 28 kilogram.
Bilal memerlukan penjagaan rapi yang menyebabkan Mohammad Azhar mahupun isterinya, Nurul Izzati Adawiyah Mohd Zaidi, 25, tidak dapat bekerja tetap walaupun kesempitan wang.
Pelbagai Masalah Kesihatan Lain
Lebih menyedihkan, Mohammad Azhar berkata, Bilal juga mempunyai masalah jantung berlubang selain tidak dapat melihat dan sumbing sejak lahir.
“Sebelum ini, tangan dan kaki Bilal kerap bergerak tetapi kini dia tidak lagi aktif macam dahulu.
“Bilal juga semakin kerap menangis pada waktu malam kerana kepalanya semakin membesar, jadi saya dan isteri memang ‘tidur ayam’ sahaja kerana perlu bergilir-gilir memantau keadaannya.
“Sebagai ayah, saya sedih lihat keadaannya menanggung derita itu pada usia kecil. Kalau boleh biar saya yang sakit, jangan dia,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Kos Perbelanjaan Bulan Tidak Mencukupi
Menurutnya, setakat ini dia ada menerima bantuan bulanan zakat sebanyak RM200 selain RM500 sebulan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bagaimanapun jumlah diterima itu tidak mencukupi kerana kos perbelanjaan bulanan Bilal sahaja dianggarkan mencecah RM2,500.
“Saya pernah bekerja sebagai tukang rumah manakala isteri pembantu di Klinik Pakar Kulit.
“Bagaimanapun kami terpaksa berhenti dan tidak lagi bekerja sejak Bilal lahir.
“Sumber pendapatan kini hanya daripada jualan barangan makanan sejuk beku namun pendapatan kini agak teruk dan adakalanya tidak cukup.
“Kami sampai ke tahap jual barangan peribadi dan barang rumah untuk dapat duit kerana malu untuk minta sumbangan orang.
“Tak banyak yang kami dapat tetapi ada juga hasil untuk langsaikan sewa bulanan rumah sebanyak RM350 dan membeli keperluan Bilal terutama susu walaupun harganya mahal,” katanya.
Cekal Demi Anak
Mohammad Azhar berterima kasih kepada mereka yang pernah menyumbang kerana prihatin dengan Bilal dan mahu meringankan keluarganya.
“Terima kasih sangat saya ucapkan, hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian.
“Cuma saya kesal apabila ada scammer (sindiket penipuan) ambil kesempatan menyalahgunakan gambar hingga tiada lagi yang menziarahi Bilal kerana menyangka dia sudah meninggal dunia.
“Mereka yang lakukannya mungkin tidak rasa apa kami lalui tetapi apa boleh buat, ini semua dugaan yang kami perlu tempuh dengan cekal demi anak,” katanya.
Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun bank CIMB milik Azhar, 7047468689.
Mesti Baca:“Heat Intolerance” Badan Rasa Panas Kerana PENYAKIT, Bukan Sebab Cuaca!
Baca Lagi Di Sini:Suami Hidap Penyakit Misteri. “Selesa Tidur Dalam Kereta, Panas Bila Naik Rumah.”
Artikel Menarik:‘Terpaksa’ Menunjuk-Nunjuk Untuk Meningkatkan Keyakinan Diri Adalah PENYAKIT!
Mingguan Wanita: Semoga dipermudahkan segala urusan keluarga ini dalam menjaga anaknya. Semoga adik Mohammad Bilal Yusra diangkat deritanya diberi kesembuhan hendaknya.
Sumber: Hmetro
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Muhammad Durry Yan & Nur Rambutt’an, Nama Unik Dua Beradik Tiada Kaitan Buah Tempatan!

Memang unik nama dua beradik Muhammad Durry Yan, 6 dan Nur Rambutt’an, 1 ini.Identiti pengenalan diri dua beradik yang nama mereka mirip kepada buah-buahan tempatan menjadi viral di media sosial tidak lama dahulu.
Dokumen pengenalan diri milik Muhammad Dhury Yan yang lahir pada 21 Ogos 2012 dan adiknya, Nur Rambutt’an yang lahir pada 14 Mac 2017 menjadi bualan hingga viral seluruh negara.
Bapa mereka, Abi Amin Mahayadin, 40, mengakui terkejut dan kesal dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang telah menularkannya.
Menurutnya, sejak menjadi tular, dia menerima kecaman hebat dari netizen namun mengambil pendekatan positif kerana memikirkan tindakan menamakan kedua-dua anaknya adalah keputusan keluarga.
“Nama ni dapat dari orang-orang lama, depa orang baik-baik, ada pertalian keluarga juga, macam pangkat tok-tok, jadi kami ikut sahaja,” katanya.
Tiada Kaitan Nama Buah-Buahan Tempatan
Menurutnya, ia sama-sekali tiada kaitan dengan nama buah-buahan tempatan seperti durian dan rambutan.Difahamkan, Muhammad Durry Yan diberi gelaran Yan dalam keluarga manakala Nur Rambutt’an digelar Adik An atau Nora.
Beliau bagaimanapun mengharapkan masyarakat menghormati keputusan keluarga itu tanpa meninggalkan sebarang persepsi sehingga menjejaskan masa depan anak-anaknya.
Temu bual bersama Yan dan Adik An, mengakui mereka sukakan buah-buahan tempatan termasuk durian dan rambutan.Yan berkata, dia suka makan durian dan mengakui adiknya juga sukakan buah rambutan.
MW: Biarlah apa juga nama yang diberikan untuk anak, yang paling penting ia membawa maksud yang baik-baik buat mereka.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!