Jangan tak tahu, telur juga ada tarikh luputnya. Cuba perhatikan pada bekas sarang telur yang kita beli mesti ada tulis untuk kita gunakan sebelum tarikhnya. Jangan ambil ringan.

Sedangkan ada sesetengah mak yang jadikan stok telur di rumah. Maklum saja, bila dah tak tahu nak masak apa, telurlah jadi penyelamat.

Kalau nak tahu lauk telur adalah paling mudah, senang dan digemari bukan saja kanak-kanak tapi juga orang dewasa. Tentulah telur, goreng dan letak kicap pun sudah cukup makan nasi bertambah-tambah.

Namun, jangan pelik sebab mak-mak tak boleh simpan terlalu lama. Ada juga tarikh luputnya an sesetnegha telur, walaupun baru beli, ada yang rasa ringan dan berbau tembelang. Sebab apa ia berlaku. Fatimah Salim ada infonya tentang apa yang dikatakan telur jadi ringan dan ada tarikh luputnya.

Baca Artikel Menarik Di Sini: Resipi Telur Dadar ‘Crispy’ Kena Masukkan Cuka Dan Air, Barulah Macam Kedai Tomyam

Buat Telur Masin Paling Mudah, Guna Air Panas, Garam, 10 Hari Boleh Makan!

Info Lebih Menarik DI SINI

Telur Pun Ada Tarikh Luputnya

Mesti ramai yang tahu, telur yang terapung menandakan iaadalah telur yang sudah lama. Namun tahukah anda kenapa ia boleh terapung? Di sini lah peranan kimia dalam menerangkan!

IKLAN

Sebenarnya telur yang sudah lama akan mengalami perubahan komposisi disebabkan kehadiran pelbagai komponen kimia dalam telur seperti dihidrogen monoksida (aka air), lemak, protein, karbohidrat, mineral, enzim, vitamin dan pigmen.

Dalam keadaan baru, telur bersifat alkali. Namun semakin lama tersimpan, tindakbalas kimia akan berlaku dan menyebabkan telur bersifat semakin alkali. Proses ini akan membebaskan pelbagai jenis gas termasuk gas hidrogen, oksigen, nitrogen, karbon dioksida dan gas hidrogen sulfida.

Gas-gas yang terhasil ini akan meningkatkan tekanan dalam telur maka gas yang bersaiz kecil akan membebaskan diri keluar daripada telur melalui liang pori pada kulit telur.

Proses ini dipanggil efusi (effusion) iaitu pergerakan molekul-molekul gas daripada kawasan bertekanan tinggi (dalam telur) ke kawasan bertekanan rendah (luar telur aka udara) melalui lubang (pori kulit telur).

Molekul-molekul gas yang bersaiz besar seperti hidrogen sulfida pula akan terperangkap di dalam. Telur yang terlalu lama akan berbau buruk (tembelang) disebabkan gas hidrogen sulfida yang terkumpul inilah.

IKLAN

Telur terapung kerana ketumpatannya telah berkurangan disebabkan tindakbalas kimia tadi. Sebahagian daripada komponen kimianya yang sepatutnya memberikan berat kepada telur telah terbebas keluar daripada telur menjadi gas.

Yang pernah belajar sains, mesti ingat lagi perkaitan ketumpatan (density) dengan berat (mass) kan?

Ketumpatan (ketumpatan) = Berat (mass)/ isipadu (volume)

Ya. Dalam kes telur, isipadu telur tetap sama kerana sifat kulitnya yang keras, namun beratnya berkurangan. Apabila berat berkurangan, ketumpatan akan berkurangan dan telur terapung.

IKLAN

Nota: Kesegaran telur dikira 45 hari daripada tarikh pembungkusan. Sebab itu telur ada tarikh luput. Namun sesetengah telur boleh jadi lebih cepat luputnya kerana dicemari oleh bakteria.

Mingguan Wanita : Mak-mak jangan ambil mudah tentang perkara ini. Kena hati-hati.

Sumber: Fatimah Salim 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI