Tawa petang bertukar tangis, Zulfan 4 tahun maut dilanggar MPV ketika bermain basikal. Kegembiraan seorang kanak-kanak lelaki bermain basikal di petang Ahad bertukar tragedi apabila dia maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Jalan Tanjung Lumpur berhampiran Surau Pak Mahat di sini, semalam.

Mangsa, Muhammad Zulfan Adwa Mohd Zulkifli, 4, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan pada jam 2.24 pagi tadi.

Tawa Petang Bertukar Tangis, Zulfan 4 Tahun Maut Dilanggar MPV Ketika Bermain Basikal

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika pemandu berusia 32 tahun terbabit sedang memandu dari kawasan Perumahan Rakyat Pak Mahat menuju ke arah Tanjung Lumpur.

Ads

“Apabila tiba di tempat kejadian, semasa membelok ke kiri tanpa disedari, kenderaan berkenaan telah melanggar mangsa yang sedang menunggang basikal di tengah jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa yang mengalami kecederaan serius segera dibawa ke HTAA untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Tawa Petang Bertukar Tangis, Zulfan 4 Tahun Maut Dilanggar MPV Ketika Bermain BasikalTambah beliau, kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Ads

Fakta AI. Laporan MIROS & PDRM 2024: Kemalangan Jalan Raya Masih Tinggi, Kanak-kanak Antara Mangsa Utama

Menurut laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM), lebih 6,000 kes kemalangan jalan raya melibatkan kanak-kanak bawah 15 tahun dilaporkan setiap tahun di Malaysia (berdasarkan data daripada Sistem Statistik Kemalangan Jalan Raya Malaysia, MIROS & PDRM Road Accident Statistics Report 2023).

Ads

Daripada jumlah itu, lebih 100 kes setiap tahun mengakibatkan kematian manakala selebihnya menyebabkan kecederaan ringan hingga parah.

MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia) turut melaporkan bahawa sebahagian besar kemalangan melibatkan kanak-kanak berlaku di kawasan perumahan, berhampiran sekolah, atau di jalan kecil tanpa pengawasan ibu bapa.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Pada tahun 2023, PDRM merekodkan 6,648 kemalangan melibatkan penunggang basikal dan pejalan kaki, termasuk sejumlah besar kanak-kanak, menunjukkan risiko tinggi di kawasan kejiranan dan taman permainan. (Sumber: PDRM Annual Road Accident Statistics 2023 & MIROS Road Safety Report 2024)

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI