Tarif elektrik dah naik, mak-mak jangan seterika baju & buka aircon waktu pantang ini. Menangis bil melambung.kena tahu bila tarif elektrik naik mulai 1 Julai, jangan buka aircond & menggosok waktu ini. Mulai 1 Julai 2025, tarif elektrik secara rasmi naik. Struktur baharu yang digunakan ini telah diluluskan kerajaan melalui mekanisme Peraturan Berasaskan Insentif (IBR) selaras dengan Seksyen 26 Akta Bekalan Elektrik 1990.
Walau bil akan melambung tapi ada caranya untuk kaum ibu merancang penggunaan elektrik kerana kerajaan dah laksanakan Skim Time-of-Use (ToU) khususnya bagi pengguna mesin pintar. Paling penting setiap bulan tak perlu bayar lebih sebaliknya maintain seperti biasa.
Tarif Elektrik Dah Naik
Mak-Mak Jangan Seterika Baju & Buka Aircon Waktu Pantang Ini. Menangis Bil Melambung
Bagaimana nak jimatkan elektrik? Paling paling utama selepas 1 Julai ialah jangan buka aircon atau menggosok di waktu puncak. Bilakah waktu puncak diperkenalkan ToU ini?
⏰ Waktu “pantang guna” yang ramai kena alert
📌 Waktu puncak (tarif MAHAL):-
🕑 2:00 petang – 10:00 malam (Isnin – Jumaat)
📌 Waktu Luar Puncak (Tarif MURAH):
🕙 10:00 malam – 2:00 petang (Isnin – Jumaat)
🗓️ Sepanjang hari Sabtu & Ahad (boleh menggosok atau buka aircon sesuka hati seperti biasa.
Paling mudah kiraannya begini:-
i) Buka aircond jam 9 malam = 🔴 MAHAL
ii) Seterika baju jam 6 petang = 🔴 MAHAL
iii) Masak pakai air fryer jam 7 malam = 🔴 MAHAL
Tapi kalau buat semua aktiviti atas tu selepas jam 10 malam atau waktu pagi, kadar bayaran jauh lebih murah.
💡 Apa Itu Skim ToU & Kenapa Penting Untuk Anda?
ToU ialah sistem kadar elektrik mengikut masa. Ia menggalakkan pengguna alih guna tenaga ke waktu luar puncak untuk elak beban pada grid dan beri ganjaran dalam bentuk penjimatan.
📌 Untuk pengguna meter pintar sahaja
📌 Penukaran ke skim ini percuma dan automatik bagi yang layak
📌 Dah sedia? Terus guna. Tak perlu daftar semula
✅ 5 Perkara Anda Boleh Buat Mulai Hari Ini
1) Basuh baju lepas 10 malam atau pagi sebelum 2 petang.
2) Seterika baju waktu pagi Sabtu/Ahad – sepanjang hari murah!
3). Jangan cas laptop & gajet waktu petang, cas waktu tidur
4) Guna aircond waktu luar puncak atau letak pada suhu 25–26°C
5) Masak heavy (oven, air fryer) waktu luar puncak. Paling penting tetap sedap dan lebih jimat
Siapa Yang Patut Prihatin?
🔸 Ibu bapa dengan anak ramai – banyak guna mesin & dapur elektrik
🔸 Pekerja WFH atau freelance – guna laptop & kipas sepanjang hari
🔸 Bisnes kecil di rumah – bakeri, dobi, katering, printing
🔸 Golongan B40/M40 yang bergelut dengan kos sara hidup
Bayar Lebih Sebab Tak Tahu = Rugi Sia-Sia
Ini bukan masa untuk buang duit.
Kalau anda dah tahu tarif naik tapi masih guna waktu puncak, ia bukan mangsa tapi kena lebih hati-hati dengan masa.
Jangan tunggu bil sampai baru nak merungut. Ubah sekarang. Gunakan masa sebagai senjata, bukan beban.📍 Nak tahu lebih? Semak kelayakan & info lanjut:-🔗 www.mytnb.com.my/tariff
Untuk info, berdasarkan laman sesawang rasmi myTNB, pelanggan akan menerima bil yang memaparkan pecahan tiga komponen utama, Caj Penjanaan, Caj Rangkaian dan Caj Peruncitan. Pendekatan itu bertujuan meningkatkan ketelusan dan kefahaman pengguna terhadap struktur bil elektrik.
“Caj Penjanaan merangkumi kos bahan api, kapasiti penjanaan dan pelarasan harga bahan api global, Caj Rangkaian melibatkan kos operasi penghantaran dan penyelenggaraan sistem bekalan, manakala Caj Peruncitan membabitkan kos perkhidmatan pelanggan, pengebilan serta pengurusan akaun,” menurut laman sesawang itu.
Memandangkan tarif sudah naik, pasti ia menimbulkan rungutan jika terpaksa membayar pada harga tinggi. Itu belum lagi kos-kos lain yang boleh buat ramai pening bagaimana mahu mencukupkan dengan gaji yang semakin terasa kecil.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.