HomeInspirasi“Tanggungjawab Bersama Kita Sebagai Masyarakat, Memastikan Setiap Nyawa Yang Terkorban Di Tangan...
“Tanggungjawab Bersama Kita Sebagai Masyarakat, Memastikan Setiap Nyawa Yang Terkorban Di Tangan Pembuli Tidak Berakhir Dengan Sia-Sia” Raja Permaisuri Agong
“Tanggungjawab bersama kita sebagai masyarakat, memastikan setiap nyawa yang terkorban di tangan pembuli tidak berakhir dengan sia-sia” Raja Permaisuri Agong. Terbaru Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menerusi blog baginda bertitah isu buli di sekolah kini semakin membimbangkan apabila ia dilihat sudah menjadi satu budaya buruk yang berleluasa di Malaysia.
“Tanggungjawab Bersama Kita Sebagai Masyarakat”
Baginda turut melahirkan kebimbangan, buli di sekolah berlaku lebih kerap daripada yang disangka, malah ia benar dan ia berleluasa.
“Antara topik dan isu yang sering menjadi perbualan santai bersama keluarga kami adalah seperti kesihatan ahli keluarga yang sudah berusia, keadaan cuaca, hinggalah kepada berita antarabangsa dan tempatan.
“Hal ini selalunya berakhir dengan kebimbangan yang sama terhadap isu-isu tempatan, yang sukar untuk diabaikan dan sentiasa menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia.
“Sejak hujung Julai, kita semua telah mengetahui berita gembira dan duka yang tersebar luas di media arus perdana dan media sosial. Namun, perbualan kami lebih tertumpu kepada isu buli di sekolah dan institusi pendidikan negara.
“Sudah bertahun-tahun, berita tentang insiden buli dan kesannya yang tragis amat meruntun hati kita semua.
“Pada tahun 2017, Zulfarhan Osman Zulkifli, seorang kadet tentera laut, meninggal dunia akibat kesan melecur di tubuhnya. Pada tahun yang sama, T. Nhaveen dari Georgetown, meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di kepalanya. Kedua-duanya adalah mangsa buli.
“Sekolah dan institusi pendidikan termasuk universiti sepatutnya menjadi tempat di mana anak-anak kita berasa selamat. Namun hakikatnya, tempat itu menjadi mimpi ngeri bagi pelajar yang menjadi mangsa buli rakan sebaya.
Ads
“Mengapa ada antara mangsa buli memilih untuk menyimpan penderitaan mereka sendiri? Dalam satu lagi perbualan dengan seorang kenalan, saya difahamkan bahawa antara sebab pelajar enggan mendedahkan identiti pembuli ialah kerana mahu melindungi rakan-rakan mereka: jika mereka melaporkan tentang pembuli, rakan-rakan mereka pula akan menjadi sasaran. Maka mereka memilih untuk berdiam diri.
“Ada di antara kalangan mangsa buli yang bernasib baik boleh memilih untuk berpindah sekolah, namun bagi yang tidak mempunyai pilihan itu, mereka terpaksa kekal dan menanggung apa jua penderitaan yang dialami.
“Selepas berbual tentang isu buli yang membimbangkan ini bersama keluarga dan rakan, saya meneliti pula pelbagai platform media sosial. Beberapa sanak saudara saya yang lebih muda mencadangkan agar saya menonton sebuah siri tempatan dan filem tentang kes buli di sekolah berasrama, yang diinspirasikan daripada kisah benar. Saya hanya menonton treler cerita tersebut, namun tidak berhasrat untuk menontonnya secara keseluruhan. Ia bukan karya hiburan yang ringan.
“Satu artikel yang mengulas siri tersebut menyatakan, “…Jika anda pernah bersekolah asrama, anda akan merasai pengalaman pahit dan manis kehidupan asrama…Namun bagi ramai rakyat Malaysia, perkataan ‘asrama’ akan mengingatkan mereka tentang perkara negatif, contohnya seperti buli.”
“Buli di sekolah telah menjadi satu budaya yang amat buruk di Malaysia. Perbualan bersama keluarga dan sahabat handai sudah cukup membuktikan bahawa ia sebenarnya berlaku lebih kerap daripada yang disangka. Ianya benar dan ia berleluasa.
“Adakah kita mengabaikan perkara ini hanya kerana ia tidak berlaku kepada anak kita sendiri? Haruskah seorang lagi remaja atau belia mati dengan derita sebelum kita berkata cukup? Berapa ramai lagi ibu bapa dan keluarga harus menanggung derita dan pilunya kehilangan insan tersayang? Jika kita benar-benar ingin dikenali sebagai sebuah masyarakat “penyayang”, maka sudah tiba masanya kita menjawab soalan-soalan ini.
Ads
“Anak-anak, remaja, dan belia Malaysia tidak seharusnya merasa takut untuk ke sekolah atau universiti kerana terpaksa menghadapi satu hari atau satu malam lagi, diseksa oleh rakan sebaya mereka. Para ibu bapa juga tidak sepatutnya perlu bimbang tentang keselamatan anak-anak di sekolah, sedangkan mereka sudah cukup terbeban dengan masalah kewangan dan keluarga sedia ada.
“Tanggungjawab bersama kita sebagai masyarakat ialah memastikan setiap nyawa yang terkorban di tangan pembuli tidak berakhir dengan sia-sia,” titah Raja Zarith Sofiah menerusi blog baginda.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Ads
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setahun sekali jumpa tetapi ditembak soalan pelik-pelik pada musim perayaan, apa salahnya. Bukan niat orang lama nak membanding atau menyibuk tetapi itulah salah satu tanda sayang.
Mungkin ada yang tak senang dan rimas dengan soalan yang sama setiap kali pergi beraya jumpa sanak saudara, namun andai berlapang dada dan berfikir yang baik-baik seperti pandangan saudara seorang lelaki berstatus anak tiga, Syah Rizalini, situasinya pasti akan jadi lebih membahagiakan hati.
Bila Sekali Setahun Jumpa
Beberapa hari ni, banyak tajuk tentang bapa saudara dan mak saudara sebab depa suka bandingkan anak-anak mereka dengan kita. Suka tanya soalan bila nak kahwin, bila nak dapat anak dan macam-macam soalan lagi.
Ada yang dah buat keputusan tahun ini tak nak ziarah mereka sebab tak suka dengan soalan-soalan yang bakal ditanya.
Arwah ayah saya dulu pun sama. Kalau berbual dengan saudara mara asyik bagitau anak dia 10 orang dan 9 orang masuk universiti. Dari 9 orang tu 3 orang belajar universiti luar negara. Kadang-kadang naik malu juga sebab semua orang yang dia jumpa, kisah yang sama diulang-ulang. Tapi itulah ayah… Dia bangga dengan pencapaian anak-anak dia dan dia teringin nak kongsi dengan orang lain.
Bersangka Baiklah Dengan Soalan Orang Tua
Orang tua ni jarang jumpa kita dan dia tak ada FB untuk tahu perkembangan kita jadi bila mereka bertanya tu jawablah baik-baik. Setahun sekali berjumpa, abaikan jika ada soalan yang menyakitkan hati. Kita datang dengan niat untuk menyambung silaturrahim dan mengeratkan ukhuwwah dengan saudara mara. Esok bila mereka dah tak ada, timbul pula rindu nak dengar suara mereka.
Orang muda kena belajar mendidik hati supaya bersangka baik dengan bapa saudara dan mak saudara. Ada dikalangan mereka yang dah lupa-lupa dan suka cakap benda yang sama berulang-ulang. Depa tak ingat dah soalan-soalan yang ditanya pada tahun lepas.
Pasti Akan Dirindui
Suatu hari nanti kita pun akan jadi seperti mereka. Seronok anak-anak saudara datang ziarah dan nak tahu perkembangan mereka dan kadang-kadang keluar soalan sensitif pada kita tapi biasa bagi mereka.
Jom bersangka baik Syawal nanti.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan memiliki anak berdarah kacukan, memang luarbiasa rupa paras kecomelannya.Masih ingat dengan jejaka ‘Mat Salleh’ yang cukup fasih bercakap dalam loghat Terengganu ni?
Mat Dan atau nama sebenarnya Daniel Tyler,29 berasal dari Bristol, England ini cukup fasih bercakap dalam loghat Terengganu. Lelaki ‘Mat Salleh’ ini dikenali kerana videonya pernah viral satu ketika dahulu di media sosial.Mat Dan telah berada di Malaysia sejak tahun 2009.Selepas beberapa tahun tinggal di Terengganu,Mat Dan mengambil keputusan untuk memeluk Islam dengan nama Kareef Daniel Abdullah serta memilih pasangan hidup dikalangan gadis tempatan.
Mat Dan dan isterinya, Nadifa Adnan mendirikan rumahtangga pada 12 Mac tahun lalu di Bukit Chendering, Kuala Terengganu.Dan kini pasangan bahagia ini telah mendapat anak lelaki pada 5 Mei lalu.
Namun apa yang menarik perhatian ialah berdarah kacukan Melayu-Inggeris kecomelan anak lelaki pasangan ini yang dinamakan Muhammad Zayne Danial James Tyler yang kini telah berusia hampir 3 bulan, menarik perhatian ramai.Ramai yang memuji kecomelan anak sulung pasangan ini.
Antara komen yang diterima didalam instagram;
puteri janecomei ngguh, rupe mat dan!
dayang.i.am Awhhh… He’s adorable!
paehfaizpaehSubhanAllah comey molek anak mu.Tahniah matdan dan isteri.
azizi jinggo azizMuke dia pakat-pakat ade balake..muke pak die ade..muke mak die ade
kakyong fizdiandra Comelnye die…mat dan junior
merah7525Geramnya rasa nak je cubit pipi..comel
shwxxlfComey molek zayne
liz.249MashaAllah comelnya…tahniah @mat_dan1 dan isteri…sila lahirkan lebih ramai anak-anak kacukan yang soleh dan solehah yer.Ameen
Sementara itu, Mat Dan berkata, dia masih belajar mengenai penjagaan bayi tetapi kian dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai seorang ayah.
“Mulanya bimbang juga untuk menghadapinya kerana pertama kali menimang cahaya mata tetapi selepas lebih sebulan menjaga Zayne, saya berasa seronok.
“Cuma rehat tidak cukup seperti dulu, saya pula menjaga Zayne pada waktu malam, setiap satu hingga dua jam sekali Zayne bangun menyusu selain menukar lampin,” katanya.
Mat Dan pernah tampil dengan rancangan TV dia sendiri iaitu Haramain Backpackers – Trans Siberian. Dia bersama seorang lagi rakannya menjelajah ke 11 negara sejauh 29,000 kilometer. Malah cukup dikenali sebagai pengacara program Pengacara program, Mat Dan Kaki Jalan.
Mingguan Wanita ucapkan tahniah buat Mat Dan dan isteri.Semoga anak membesar dengan sihat,dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan diberi kebahagiaan dalam keluarga.
Haruan makan anak, pura-pura jumpa bayi di stesen minyak, plot twist anak 16 tahun jadi mangsa serakah. Satu kes penemuan bayi di sebuah stesen minyak Batu 14 di sini bertukar menjadi tragedi hitam penuh kejutan apabila polis membongkar rahsia sebenar di sebalik laporan awal yang dibuat seorang lelaki.
Pada awalnya, seorang lelaki berusia 29 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan tampil membuat laporan polis dan mendakwa menemui seorang bayi perempuan berusia kurang seminggu di dalam kotak berhampiran bangunan kedai stesen minyak tersebut, kira-kira jam 1.56 pagi Isnin lalu.
Bayi itu ditemui dalam keadaan sihat sebelum dihantar ke hospital untuk pemantauan. Bagaimana pun hasil soal siasat polis mendapati terdapatnya unsur plot twist apabila bayi tersebut adalah hasil sumbang mahram seorang bapa yang bertindak menjadikan anak remajanya berusia 16 tahun mangsa nafsu serakahnya.
Dalam sidang media oleh Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, pihaknya menerima laporan awal daripada seorang lelaki yang mendakwa menemui seorang bayi perempuan dalam sebuah kotak berhampiran stesen minyak.
“Bayi berkenaan ditemui masih bernyawa dan sihat ketika berada di dalam kotak sebelum dihantar ke hospital untuk pemantauan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati laporan itu adalah rekaan. Lelaki tersebut dipercayai bersubahat dengan seorang rakan lelaki berusia 39 tahun yang juga bapa kandung kepada seorang remaja perempuan berusia 16 tahun.
“Lelaki itu disyaki melakukan sumbang mahram terhadap anak kandungnya sehingga remaja tersebut melahirkan bayi berkenaan. Mereka kemudian membuang dan menyembunyikan kelahiran itu di lokasi terbabit,” jelasnya.
Menurut Naazron, kedua-dua lelaki terbabit mempunyai rekod lampau melibatkan dua kes dadah dan dua kes jenayah.
“Suspek berusia 39 tahun direman enam hari, manakala pengawal keselamatan direman sehari. Remaja perempuan itu dibebaskan dengan jaminan polis dan kini dirawat di hospital,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan Seksyen 376(3) kerana melakukan sumbang mahram.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Hizwan Hamzah di talian 019-6369835 atau mana-mana balai polis berhampiran. Kredit:- Sinar Harian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Buli Zara Qairina, isu "nama sama" jadi kecoh. Rakan sekampung jelaskan YB Arifin tiada anak nama Farisha. Isu buli melibatkan allahyarham Zara Qairina terus...