“Saya berdebar dan takut apabila pelajar lelaki itu masuk ke kelas kami dengan memegang senjata, malah tangan dan bajunya ada kesan merah dipercayai darah,” kata seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama hari ini.
Insiden tragis itu berlaku kira-kira jam 9.10 pagi apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut selepas ditikam oleh pelajar lelaki berumur 14 tahun di kawasan tandas perempuan sekolah berkenaan. Kes tikaman pelajar Bandar Utama ini mencetuskan suasana panik dalam kalangan warga sekolah yang masih terkejut dengan kejadian tersebut.
Menurut pelajar Tingkatan Satu yang ditemui, suspek dikatakan masuk ke kelasnya sejurus selepas kejadian namun tidak bertindak agresif terhadap mana-mana pelajar lain.
“Dia hanya masuk kelas kami sambil bawa senjata tetapi dia tak acu (senjata) atau ugut kami. Pelajar itu hanya diam saja. Pelajar itu masuk kelas kami sekejap saja sebelum dia keluar dan saya tak tahu dia pergi mana selepas itu.
“Kami memang takut dan berdebar-debar ketika itu dan saya juga masih rasa trauma dengan kejadian itu. Saya tidak mengenali dia, kami tidak belajar di kelas yang sama dan saya cuma tahu dia pelajar kelas peralihan saja,” katanya lagi.
Dalam pada itu, seorang lagi pelajar mendakwa terdengar suspek berbisik sesuatu yang mencurigakan kepada rakannya sebelum kejadian berlaku.
“Dia berbisik kepada rakannya dengan mengatakan ‘you see later, what happen’ (awak lihat nanti, apa yang akan berlaku) ketika mereka sedang berkumpul sebelum masuk ke kelas,” katanya yang kebetulan berada berhampiran suspek ketika itu.
“Kami juga ada nampak pelajar itu ada bawa senjata,” tambahnya.
Seorang pelajar lain pula memaklumkan dia terdengar jeritan kuat dari tandas pelajar perempuan di aras bawah dari kelasnya yang terletak di tingkat tiga, sebelum melihat seorang pelajar lelaki berlari ke arah bawah bangunan.
“Saya lihat ada budak lelaki berlari seperti mahu turun ke bawah (dipercayai untuk membantu). Pada mulanya saya ingatkan ada pelajar kena marah dengan cikgu atau ada kejadian lain.
“Sebelum itu juga saya ada nampak budak lelaki (dipercayai suspek) memegang senjata tajam,” katanya.
Kejadian kes tikaman pelajar Bandar Utama
ini meninggalkan kesan trauma kepada warga sekolah. Ramai pelajar masih dalam keadaan cemas dan memerlukan bimbingan kaunselor bagi menangani tekanan emosi akibat tragedi tersebut.Siasatan lanjut masih diteruskan oleh pihak polis bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian dan memastikan keadilan ditegakkan kepada semua pihak yang terlibat.
Sumber: Harian Metro
Artikel lain: Pelajar Perempuan Tingkatan Empat Maut Ditikam Pelajar Lelaki
Tiada Unsur Buli Dalam Kes Tikam Pelajar Tingkatan Empat Di Bandar Utama – Penjelasan Polis
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE