Lahirnya kekasih ALLAH iaitu Rasulullah SAW membawa rahmat kepada makhluk sekalian alam. Ini jelas melalui firman ALLAH SWT: “Tidak kami utuskan kamu (Muhammad) melainkan untuk memberi rahmat kepada sekalian alam.” (al-Anbiya’, 107).

Menurut al-Buti, nama penuh baginda ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka‘ab bin Lu’ai bin Ghalib bin Farh bin Malik bin Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma‘ad bin Adnan.

Datuknya, Abdul Mutalib yang memberikan nama Muhammad yang bermaksud ‘yang terpuji’. Hasil dari perkahwinan Baginda Nabi bersama Saidatina Siti Khadijah, mereka
dikurniakan enam orang anak iaitu al-Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah yang mana kesemuanya meninggal ketika muda kecuali Fatimah.

Dari keturunan baginda inilah, lahirnya insan-insan yang terus menyambung dakwah baginda.

Tampannya Wajah Cicit Keturunan Rasulullah, Sayyid Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani
Inilah cicit berketurunan Rasulullah SAW

Tampannya Wajah Cicit Keturunan Rasulullah, Sayyid Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani

IKLAN
Tampannya Wajah Cicit Keturunan Rasulullah, Sayyid Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani
Sayyid Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani Al Maghrobi

Tampannya Wajah Cicit Keturunan Rasulullah, Sayyid Muhammad Amin Al Idrisi Al HasaniSeorang darinya ialah Sayyid Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani Al Maghrobi (Morocco) yang merupakan cicit dari keturunan Rasulullah.

Dikatakan Al-Idrisi Al-Maghoribi merupakan Keturunan Sayyid Idris yang bersambung pada Sayyidina Muhammad bin Hasan bin Ali bin Abi Thalib yang kini merupakan pemimpin Cabang Majlis Rasulullah di negara Morocco.

IKLAN

Jika dilihat pada susur galurnya, ternyata ianya bersambung dari khulafa Ar Rasyidin ke empat iaitu Ali bin Abi Thalib yang mengahwini puteri kesayangan Rasulullah iaitu Syadatina Fatimah juga wanita Penghulu Syurga bagi kaum muslimat.

Bayangkan wajah tampan Sayyid Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani Al Maghrobi ini, bagaimanalah wajah Rasulullah SAW, Nabi pemberi syafaat buat kita semua di akhirat kelak?. Kulitnya jauh mulus, wajah dari keturunan baik-baik. Moga kita semua berkumpul di syurga Allah kelak.

IKLAN

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

BACA SINI :- “Aysha Arsylia Sempena Nama Isteri Baginda Rasulullah SAW, Semoga Menjadi Anak Solehah” Ummi
Ujian Bertimpa, Makin Berusaha Makin Susah, Amalkan Doa GRED A Rasulullah SAW Baca

@duam_media Reply to @wanaakira #RehlahAuliyakFes #Ulama #ahlulbayt #Morocco #NurAlMustafaMalaysia #fypシ゚viral ♬ Greatfull (Islamic Background Music) – Siam Howlader