
Ramai yang teruja dengan khabar pertunagan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman,34, bersama Bella Astillah.
Presiden BASS Bocor Rahsia Cinta Syed Saddiq Pertama Kali Ungkap Perkataan Keramat Itu Pada Usia 33 Tahun

Menggali kisah cinta pasangan ini, Yb Syed Saddiq menyifatkan tunangnya yang juga
penyanyi dan pelakon, Bella Astillah sebagai wanita luar biasa.
Menerusi media sosial, abang kepada Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah mendedahkan bagaimana dia dapat menghidu adiknya benar-benar dilamun cinta.
Tulisnya,
“Masa saya tahu awak betul-betul cintakan dia ialah saat mendengar anda berkata, “I LOVE YOU” kepada Bella.
Fakta menarik, dalam 33 tahun mengenalinya, saya tidak pernah mendengar dia mengucapkan kata-kata itu.
Saya mendoakan anda berdua yang terbaik.
Sisi Berbeza Bella Astillah Yang Tidak Diketahui Umum

Menurut Syed Saddiq, sepanjang perkenalan mereka, dia berpeluang melihat sisi berbeza Bella yang tidak diketahui umum.
Malah, dia menganggap dirinya lelaki paling bertuah kerana dapat menambat hati wanita tersebut.
“Saya berucap bukan sebagai Ahli Parlimen atau pembahas, tetapi sebagai lelaki paling bertuah di bumi ini.
“Saya dapat melihat sisi berbeza Bella. Dia seorang wanita yang sangat luar biasa, berbakat dan juga ‘iron lady’.
“Mungkin ramai kenal dia di pentas atau melalui kerjayanya, tetapi saya berpeluang melihat sisi lain seorang wanita yang tidak pernah kenal erti penat.
“Dalam kepenatan, dia tetap bangkit. Dalam kejatuhan, dia cari jalan untuk berdiri semula. Itu yang buat Bella sangat istimewa,” katanya ketika majlis pertunangan mereka.
“Kadang-kadang selepas lebih 12 jam bekerja, walaupun penat dia tetap melayan orang sekeliling dengan penuh hormat,” kongsinya.
Katanya lagi, hubungan mereka yang bermula sebagai rakan memberi ruang untuk dia mengenali keperibadian sebenar Bella sebelum timbul perasaan cinta.
“Saya kenal Bella sebelum jatuh cinta sebagai seorang kawan. Dari situ saya nampak sendiri bagaimana dia layan orang sekeliling, termasuk staf dan individu yang baru dikenalinya,” ujarnya.
Anak-anak Bella Anugerah Terindah

Dalam masa sama, Syed Saddiq turut menyentuh mengenai dua anak Bella, Ayden dan Ara, yang dianggapnya sebagai anugerah istimewa.
Tambahnya, didikan Bella terhadap kedua anaknya menjadi bukti dia merupakan seorang ibu yang hebat.
“Saya menyayangi Bella kerana dia mempunyai dua anak yang hebat iaitu Ayden dan Ara. Itu
sesuatu yang sangat istimewa. Ara, walaupun saya tidak boleh menari sebaik anda, saya harap Ara boleh menerima saya.
“Ayden pula, saya harap kita boleh berlatih bersama dan berkongsi apa sahaja, termasuk perkara yang Ayden baca. Mereka berdua anak yang luar biasa.
“Alhamdulillah, segala kebaikan itu datang daripada ibunya, sama seperti kebaikan yang saya miliki datang daripada ibu dan ayah saya,” kongsinya.
Terdahulu, Syed Saddiq menamatkan spekulasi mengenai hubungannya dengan Bella apabila
mengumumkan mereka bakal melangsungkan pertunangan pada Sabtu.
Hubungan rapat Syed Saddiq dan Bella mula menjadi perhatian sejak akhir 2024 apabila beberapa foto dan video mereka tular di media sosial serta mendapat perkongsian meluas dalam kalangan peminat.
Kedua-duanya sebelum itu dilihat bekerjasama dalam kempen sebuah jenama, sekali gus
mencetuskan spekulasi mengenai hubungan istimewa antara mereka.
Gambar: Syed Abdullah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




