Mengandung dan melahirkan anak merupakan antara pengorbanan terbesar wanita yang bergelar ibu. Tak kiralah proses bersalin secara normal mahupun secara pembedahan kedua-duanya sama hebat dan tak perlu dipertikaikan. Segalanya demi melahirkan zuriat buat suami dan keluarga tercinta.

Bagi wanita yang bersalin secara secara pembedahan caesarean, tak perlu rasa rendah diri kerana ia tidak sedikit pun mengurangkan sifat keibuan yang ada.

Sempena Bulan Kesedaran Caesarean Sedunia pada setiap April, jemput baca pekongsian oleh Jururawat Terlatih, Bel Nawhen mengenai kelahiran Caesarean ini;

April Merupakan Bulan Kesedaran Caesarean Sedunia.

Caesarean bukanlah pengakhiran kepada kelahiran normal. Berapa ramai yang boleh melahirkan secara normal selepas melahirkan secara caesarean pada kali pertama.

Anda perlu tahu

• Ibu caesarean merupakan seorang ibu yang kuat kerana mereka berjaya mengatasi ketakutan dan menerima sebarang komplikasi yang boleh berlalu sepanjang pembedahan dan selepas pembedahan. Malah, mereka juga tahu komplikasi yang bakal mereka terima pada kehamilan seterusnya tetapi mereka terus hamil lagi dan mendoakan kelahiran yang normal boleh mereka lalui.

• Ibu caesarean merupakan ibu yang berani kerana kita sendiri tahu tidak ada suami/keluarga boleh menemani mereka semasa di dewan bedah. Betapa gugupnya sendirian dikelilingi orang asing yang terdiri dari doktor, jururawat serta ppk di dalam dewan bedah. Tangan yang mampu mereka pegang semasa dalam ketakutan hanya tangan perawat berbeza dengan kebanyakan ibu yang melahirkan normal, ada sahaja suami/keluarga yang boleh menemani di dewan bersalin. Tabah bukan?

• Ibu caesarean merupakan ibu yang sentiasa tidak hirau parut yang jelas kelihatan di abdomennya. Parut itu merupakan tingkap kepada kelahiran anak kedunia dan tidak kira besar mana dan lebar mana saiz parut itu pun, ia tidak menganggu emosi si ibu malahan ia merupakan satu kenangan seumur hidup yang boleh dikongsikan dengan si anak tanda pengorbanan sewaktu melahirkan.

Ibu caesarean juga hamil 9bulan dan membawa perut kesana kemari seperti ibu melahirkan normal.

Ada ibu caesarean turut merasa sakit mahu melahirkan juga seperti ibu kelahiran normal.

Ada ibu caesarean tidak mempunyai pilihan untuk dibedah berbanding ibu yang melahirkan normal

Ibu caesarean juga turut merasakan erti menjadi seorang ibu sama seperti ibu melahirkan normal.

Maka, tidak kira melahirkan secara caesarean atau normal sekalipun, nikmat menjadi ibu tidak boleh dinafikan sama sekali.

Diberikan bius, dilapah abdomen dari kulit ke rahim, dijahit lapis demi lapis, kemudian perlu bangun setelah beberapa jam kesan bius hilang, tunggu pula beberapa hari baru boleh pulang jika masih dikatakan tidak punya pahala selayaknya ibu melahirkan normal, anda memang kejam. Ibu caesarean, usahlah merasakan diri serba kekurangan.

#BelNawhen
1 Previous Scar
#SayaJururawat

MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Janganlah kita membanding-bandingkan mak mak yang bersalin secara normal atau ceasarean. Kedua-duanya mulia, berkorban nyawa mempertaruhkan diri untuk melahirkan cahaya mata.

Sumber: BelNawhen

Jangan Lupa Komen

komen